{"id":13872,"date":"2026-07-30T09:44:51","date_gmt":"2026-07-30T09:44:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13872"},"modified":"2026-07-30T12:49:01","modified_gmt":"2026-07-30T12:49:01","slug":"rci-tabung-haji-bukti-politik-perlu-berasaskan-fakta","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rci-tabung-haji-bukti-politik-perlu-berasaskan-fakta\/","title":{"rendered":"RCI Tabung Haji bukti politik perlu berasaskan fakta"},"content":{"rendered":"<p>Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dijadikan pengajaran supaya rakyat menolak politik fitnah dan membuat penilaian berdasarkan fakta.<\/p>\n<p>Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, laporan itu bukan sahaja mendedahkan isu tadbir urus TH pada masa lalu, malah menunjukkan pentingnya sesuatu isu dinilai berasaskan bukti, bukannya dakwaan yang boleh mengelirukan masyarakat.<\/p>\n<p>Menurut Mahfuz, ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan pelan penyusunan semula TH pada 2019 bagi memulihkan kedudukan kewangan institusi itu, pelbagai tuduhan dilemparkan oleh PAS dan UMNO, termasuk dakwaan aset TH dijual kepada pihak bukan Islam.<\/p>\n<p>&#8220;Hari ini, setelah RCI meneliti perjalanan dan isu-isu berkaitan Tabung Haji, rakyat berhak menilai semula fakta-fakta yang telah didedahkan. Perbahasan politik seharusnya berpaksikan bukti, bukan sekadar dakwaan.<\/p>\n<p>\u201cDalam sebuah demokrasi yang matang, setiap pihak juga perlu bersedia menilai semula pendirian apabila fakta baharu muncul,&#8221; katanya dalam satu kenyataan, hari ini.<\/p>\n<p>Mahfuz mendakwa laporan RCI membuktikan TH menjadi mangsa fitnah politik, sekali gus menggesa semua pihak mengambil iktibar daripada episod tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Berapa ramai rakyat yang hidup dalam kebimbangan akibat tuduhan yang akhirnya tidak disokong oleh fakta? Berapa banyak keyakinan yang telah terhakis kerana politik yang mendahulukan persepsi daripada kebenaran?&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan pengundi Negeri Sembilan supaya menggunakan pertimbangan sendiri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang tidak disokong fakta.<\/p>\n<p>&#8220;Sawah boleh dipajak. Kebun boleh dipajak. Rumah boleh disewa. Tetapi jangan sekali-kali memajak akal fikiran kepada ahli politik.<\/p>\n<p>&#8220;Apabila akal dipajak, kita berhenti bertanya. Apabila akal dipajak, kita berhenti menilai. Apabila akal dipajak, kita mudah percaya apa sahaja yang menakutkan kita,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata, PRN Negeri Sembilan bukan sekadar medan memilih wakil rakyat, sebaliknya peluang menentukan hala tuju politik negeri sama ada berpaksikan ketakutan atau harapan, amanah dan kebenaran.<\/p>\n<p>Beliau menyeru rakyat menjadikan penemuan RCI TH sebagai iktibar supaya politik fitnah tidak terus mempengaruhi pemikiran masyarakat.<\/p>\n<p>&#8220;Jangan lagi biarkan politik fitnah menguasai pemikiran rakyat. Jangan lagi benarkan ketakutan menjadi kompas kepada keputusan kita.<\/p>\n<p>&#8220;Biarlah fakta menjadi panduan, amanah menjadi pegangan dan harapan menjadi arah. Fitnah mungkin memenangi sorakan seketika, tetapi kebenaran akhirnya memenangi penilaian sejarah,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Laporan RCI TH yang didedahkan kerajaan baru-baru ini mengandungi penemuan berkaitan isu tadbir urus dan kedudukan kewangan institusi itu, selain mengemukakan beberapa syor bagi memperkukuh pengurusan serta memulihkan keyakinan pendeposit terhadap Tabung Haji.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dijadikan pengajaran supaya rakyat menolak politik fitnah dan membuat penilaian berdasarkan fakta. Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, laporan itu bukan sahaja mendedahkan isu tadbir urus TH pada masa lalu, malah menunjukkan pentingnya sesuatu isu dinilai berasaskan bukti, bukannya dakwaan yang boleh mengelirukan masyarakat. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[4612,3300,4608,1314,4613],"authors":[],"class_list":["post-13872","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-uncategorized","tag-fakta","tag-mahfuz-omar","tag-rci-th","tag-tabung-haji","tag-tadbir-urus-th"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13872","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13872"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13872\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13873,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13872\/revisions\/13873"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13872"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13872"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13872"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13872"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}