{"id":13884,"date":"2026-07-30T18:28:46","date_gmt":"2026-07-30T18:28:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13884"},"modified":"2026-07-30T18:28:46","modified_gmt":"2026-07-30T18:28:46","slug":"kerajaan-sedia-terima-teguran-baiki-kelemahan-siasatan-th-akan-dibuat-secara-telus-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-sedia-terima-teguran-baiki-kelemahan-siasatan-th-akan-dibuat-secara-telus-anwar\/","title":{"rendered":"Kerajaan sedia terima teguran baiki kelemahan, siasatan TH akan dibuat secara telus: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menegur dan memberi nasihat kepada kerajaan secara berhemah, bukannya menghina, sambil memberi jaminan pentadbirannya bersedia menerima kritikan demi memperbaiki kelemahan yang ada.<\/p>\n<p>Anwar berkata sentiasa terbuka menerima kritikan dan pandangan membina terhadap pentadbiran kerajaan, malah usaha untuk memartabatkan syiar Islam dan kepentingan orang Melayu sentiasa diteruskan tanpa henti.<\/p>\n<p>\u201cTegurlah saya, nasihatlah saya tetapi jangan menghina. Kalau ada kelemahan, memang kita akui ada.<\/p>\n<p>\u201cBerilah ruang kepada kerajaan untuk membetulkan kecuaian dan kelemahan yang berlaku sebelum ini serta memperbaiki keadaan, terutama dalam usaha mengangkat martabat umat Islam dan orang Melayu yang memerlukan pembelaan. Islam perlu dimartabatkan melalui amal dan tindakan,&#8221; katanya ketika berucap pada Program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, malam tadi.<\/p>\n<p>Dalam ucapan sama, Anwar turut menegaskan siasatan susulan terhadap Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) mesti dijalankan secara telus tanpa melindungi mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan.<\/p>\n<p>Menurutnya, laporan RCI itu perlu dijadikan asas untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab terhadap sebarang salah laku dalam pengurusan TH.<\/p>\n<p>&#8220;Dalam laporan RCI itu, siapa yang didapati bersalah, biarlah berdasarkan hasil siasatan lembaga tersebut. Saya sebagai Perdana Menteri mengamanahkan supaya siasatan dilakukan secara telus. Jangan lindungi sesiapa lagi. Kita sudah terlalu lama menunggu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat sehari selepas Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan laporan RCI setebal 211 muka surat yang menyiasat pengurusan dan operasi Tabung Haji bagi tempoh 2014 hingga 2020.<\/p>\n<p>Laporan berkenaan mendedahkan pelbagai isu berkaitan tadbir urus, pengurusan kewangan dan keputusan pelaburan institusi yang menguruskan simpanan bakal haji.<\/p>\n<p>Anwar turut menggesa pengundi Negeri Sembilan memilih pemimpin berdasarkan rekod integriti, amanah dan prestasi, bukannya dipengaruhi sentimen atau kebencian politik.<\/p>\n<p>&#8220;Pilihlah pemimpin yang berakhlak baik, rajin bekerja dan tidak mencuri atau menyalahgunakan kuasa. Sebab itu saya datang membantu Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar kerana saya tahu rekod beliau. Tiada rekod kehilangan hasil balak, kehilangan kontrak atau membawa wang ke luar negara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan turut menghimpunkan beberapa tokoh agama dan pendakwah antaranya Sheikh Khaleel Ismael Elias, Sheikh Mahmood Al Wosabi dan Habib Nael Ben Taher selain diperdengarkan dengan alunan selawat, sesi tausiyah serta persembahan nasyid oleh Kumpulan UNIC.<\/p>\n<p>Negeri Sembilan kini berada di penghujung kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada 5 Jun lalu.<\/p>\n<p>Hari pengundian ditetapkan pada Sabtu ini, membabitkan 867,151 pengundi berdaftar yang akan memilih kerajaan negeri baharu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa rakyat menegur dan memberi nasihat kepada kerajaan secara berhemah, bukannya menghina, sambil memberi jaminan pentadbirannya bersedia menerima kritikan demi memperbaiki kelemahan yang ada. Anwar berkata sentiasa terbuka menerima kritikan dan pandangan membina terhadap pentadbiran kerajaan, malah usaha untuk memartabatkan syiar Islam dan kepentingan orang Melayu sentiasa diteruskan tanpa henti. \u201cTegurlah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13885,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,285,1154,18,103,828,1314,4618],"authors":[],"class_list":["post-13884","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-madani","tag-negeri-sembilan","tag-pmx","tag-prn","tag-rci","tag-tabung-haji","tag-teguran"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13884","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13884"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13884\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13886,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13884\/revisions\/13886"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13885"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13884"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13884"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13884"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13884"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}