{"id":13890,"date":"2026-07-31T03:32:08","date_gmt":"2026-07-31T03:32:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13890"},"modified":"2026-07-31T03:40:58","modified_gmt":"2026-07-31T03:40:58","slug":"bersatu-dakwa-pas-guna-logo-pn-sekadar-topeng-untuk-tarik-undi-bukan-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-dakwa-pas-guna-logo-pn-sekadar-topeng-untuk-tarik-undi-bukan-melayu\/","title":{"rendered":"Bersatu dakwa PAS guna logo PN sekadar &#8216;topeng&#8217; untuk tarik undi bukan Melayu"},"content":{"rendered":"<p>Pertikaian antara Bersatu dan PAS semakin terbuka apabila pemimpin Bersatu mendakwa penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) oleh PAS di Negeri Sembilan hanyalah &#8216;topeng&#8217; politik bagi menampilkan imej lebih sederhana serta menarik sokongan pengundi bukan Melayu.<\/p>\n<p>Salah seorang aktivis utama Bersatu, Marzuki Mohamad, mendakwa PAS tidak menunjukkan komitmen yang sama terhadap logo PN apabila bertanding di negeri yang dikuasainya seperti Kelantan dan Terengganu.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan PAS menggunakan lambang PN di negeri Pantai Barat mempunyai agenda politik tersendiri.<\/p>\n<p>\u201cPAS tidak ada perasaan kasih dan sayang pun pada logo PN. Di Kelantan dan Terengganu mereka tidak pakai logo PN. Cuma di negeri-negeri Pantai Barat mereka guna logo PN sebagai \u2018topeng\u2019 untuk nampak lebih moderat,\u201d katanya menerusi hantaran di media sosial sambil berkongsi klip ceramah Naib Presiden Bersatu, Radzi Jidin.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat ketika hubungan antara kedua-dua parti dalam PN terus menjadi perhatian susulan beberapa siri pergeseran sejak kebelakangan ini, termasuk isu pelantikan Menteri Besar Perlis serta perebutan pengaruh dalam gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam ceramahnya di Negeri Sembilan, Radzi turut mendakwa PAS menyedari parti itu sukar mendapat sokongan pengundi bukan Melayu sekiranya bertanding menggunakan identiti sendiri.<\/p>\n<p>\u201cKepada pengundi MCA dan MIC, apabila saudara mengundi PN, maknanya saudara mengundi PAS. Itu hakikatnya,\u201d katanya sambil menggesa pengundi supaya tidak terpengaruh dengan apa yang disifatkannya sebagai permainan politik kuasa.<\/p>\n<p>Kenyataan tersebut muncul ketika hubungan PAS dan Bersatu terus menunjukkan keretakan walaupun kedua-duanya masih berada dalam gabungan pembangkang.<\/p>\n<p>Perbezaan antara kedua-dua parti mula menjadi semakin ketara selepas PAS dilihat mengambil alih pengaruh dalam PN.<\/p>\n<p>PAS yang muncul sebagai parti terbesar dalam gabungan itu kini menguasai sebahagian besar jawatan penting, sekali gus mencetuskan persepsi hala tuju PN semakin ditentukan oleh parti tersebut.<\/p>\n<p>Hubungan kedua-dua parti turut tegang susulan isu pertukaran Menteri Besar Perlis, apabila PAS secara terbuka menolak cadangan Bersatu, selain beberapa kenyataan pemimpin kedua-dua parti yang saling menyindir mengenai kedudukan dan masa depan gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Di Negeri Sembilan pula, kerjasama antara PAS dan Bersatu dilihat semakin longgar apabila Bersatu memilih bertanding menggunakan lambang sendiri, manakala PAS bersama parti komponen lain menggunakan logo PN.<\/p>\n<p>Malah, perkembangan kempen PRN Negeri Sembilan turut menyaksikan PAS mengambil pendekatan bekerjasama secara terbuka dengan Barisan Nasional (BN) di beberapa kawasan, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju sebenar kerjasama politik dalam kalangan parti pembangkang.<\/p>\n<p>Pertikaman lidah yang semakin terbuka itu mencerminkan persaingan pengaruh dalam PN yang semakin sukar disembunyikan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertikaian antara Bersatu dan PAS semakin terbuka apabila pemimpin Bersatu mendakwa penggunaan logo Perikatan Nasional (PN) oleh PAS di Negeri Sembilan hanyalah &#8216;topeng&#8217; politik bagi menampilkan imej lebih sederhana serta menarik sokongan pengundi bukan Melayu. Salah seorang aktivis utama Bersatu, Marzuki Mohamad, mendakwa PAS tidak menunjukkan komitmen yang sama terhadap logo PN apabila bertanding di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6321,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,857,812,10,1154,126,541,103,3347],"authors":[],"class_list":["post-13890","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-cina","tag-india","tag-melayu","tag-negeri-sembilan","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-prn","tag-undi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13890","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13890"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13890\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13891,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13890\/revisions\/13891"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6321"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13890"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13890"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13890"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13890"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}