{"id":13892,"date":"2026-07-31T03:34:35","date_gmt":"2026-07-31T03:34:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13892"},"modified":"2026-07-31T03:34:35","modified_gmt":"2026-07-31T03:34:35","slug":"859750-pengundi-negeri-sembilan-tentukan-nasib-36-kerusi-dun-esok","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/859750-pengundi-negeri-sembilan-tentukan-nasib-36-kerusi-dun-esok\/","title":{"rendered":"859,750 pengundi Negeri Sembilan tentukan nasib 36 kerusi DUN esok"},"content":{"rendered":"<p>Seramai 859,750 pengundi di Negeri Sembilan bakal menentukan barisan pentadbiran negeri bagi lima tahun akan datang apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 berlangsung esok, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan semua persiapan berada pada tahap terbaik.<\/p>\n<p>Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata daripada keseluruhan 889,940 pengundi berdaftar, seramai 7,391 pengundi telah pun menunaikan tanggungjawab menerusi undi pos.<\/p>\n<p>&#8220;Sebanyak 401 pusat mengundi akan dibuka bermula jam 8 pagi membabitkan 1,668 saluran mengundi yang akan ditutup pada jam 6 petang.<\/p>\n<p>&#8220;Seramai 15,344 petugas pilihan raya akan terbabit bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar. Sepanjang tempoh berkempen pula, sebanyak 267 kesalahan pilihan raya telah direkodkan,&#8221; katanya selepas meninjau proses semakan isi peti undi PRN Negeri Sembilan di Dewan Perdana Tampin, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, proses semakan isi peti undi yang dijalankan di seluruh Negeri Sembilan berlangsung dengan lancar dan semua peti undi serta kelengkapan pilihan raya berada dalam keadaan selamat.<\/p>\n<p>&#8220;Di Parlimen Tampin, semakan isi peti undi bagi DUN Gemas, Gemencheh dan Repah dijalankan di Dewan Perdana Tampin. Sepanjang tinjauan pagi ini, saya dapati semuanya berada dalam keadaan baik dan kami sentiasa bersiap siaga untuk melaksanakan tugas dengan sempurna esok,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ramlan turut memberi jaminan aspek keselamatan peti undi dikawal rapi sebelum proses pengundian bermula.<\/p>\n<p>&#8220;Kita akan meletakkan semua peti undi di dewan yang dikawal sepenuhnya oleh pihak polis sehingga diserahkan kepada petugas pada awal pagi esok. Proses penyerahan akan bermula jam 5.30 pagi dan kami memberi jaminan semua peralatan termasuk peti undi berada dalam keadaan selamat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjangkakan keputusan awal pilihan raya boleh diketahui seawal jam 10 malam, manakala keputusan penuh dijangka diumumkan sebelum tengah malam.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan seramai 103 calon bertanding bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).<\/p>\n<p>Pakatan Harapan (PH) mempertaruhkan calon di semua 36 kerusi, diikuti Barisan Nasional (BN) dengan 25 calon, Bersatu 24 calon dan Perikatan Nasional (PN) 11 calon.<\/p>\n<p>Turut bertanding ialah seorang calon masing-masing daripada BERJASA, Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM), selain empat calon Bebas.<\/p>\n<p>Dari segi saingan, sebanyak 21 kerusi menyaksikan pertandingan tiga penjuru, 11 kerusi dua penjuru, manakala masing-masing dua kerusi melibatkan pertandingan empat dan lima penjuru.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai 859,750 pengundi di Negeri Sembilan bakal menentukan barisan pentadbiran negeri bagi lima tahun akan datang apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 berlangsung esok, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan semua persiapan berada pada tahap terbaik. Pengerusi SPR, Ramlan Harun berkata daripada keseluruhan 889,940 pengundi berdaftar, seramai 7,391 pengundi telah pun menunaikan tanggungjawab menerusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[409,1154,103,1394],"authors":[],"class_list":["post-13892","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dun","tag-negeri-sembilan","tag-prn","tag-spr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13892","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13892"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13892\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13893,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13892\/revisions\/13893"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13892"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13892"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13892"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13892"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}