{"id":13909,"date":"2026-07-31T05:20:10","date_gmt":"2026-07-31T05:20:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13909"},"modified":"2026-07-31T05:20:10","modified_gmt":"2026-07-31T05:20:10","slug":"prn-ns-ph-sasar-menang-minimum-19-kerusi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-ns-ph-sasar-menang-minimum-19-kerusi\/","title":{"rendered":"PRN NS: PH sasar menang minimum 19 kerusi"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) menyasarkan kemenangan sekurang-kurangnya 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dengan unjuran terbaik antara 21 hingga 22 kerusi.<\/p>\n<p>Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari berkata sasaran itu dibuat berdasarkan perkembangan kempen semasa serta prestasi gabungan berkenaan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.<\/p>\n<p>\u201cKita cuba sedaya upaya untuk dapat minimum 19, dan kalau ada kemampuan yang lebih, kita mungkin boleh dapat antara 21 hingga 22. Itu jangkaan terbaik kita.<\/p>\n<p>\u201cNamun, kita percaya pada kebijaksanaan pengundi dan meneruskan kempen kerana kita melihat konsistensi sejak 2018,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, malam tadi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, rekod pentadbiran Menteri Besar, Aminuddin Harun sepanjang dua penggal turut memberi keyakinan kepada PH untuk mempertahankan kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Mengulas dakwaan kononnya wujud \u2018gelombang biru\u2019 dari Johor mampu mempengaruhi keputusan PRN Negeri Sembilan, Amirudin menyifatkan naratif itu sengaja dimainkan bagi mempengaruhi sentimen pengundi.<\/p>\n<p>Katanya, PH sebaliknya akan terus menawarkan agenda Malaysia MADANI serta memperkukuh perpaduan rakyat sebagai teras kempen.<\/p>\n<p>\u201cSudah pasti itu cuba dicipta oleh pembangkang sekarang, tapi di sini kita mempunyai sejarah kepimpinan dan juga tokoh besar sendiri.<\/p>\n<p>\u201cKita akan cuba mengetengahkan solusi ataupun pandangan kita untuk mengetengahkan konteks MADANI, kesatuan rakyat sebagai solusi berbanding dengan retorika perpaduan mana-mana kaum,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi DUN, dengan parti politik memerlukan sekurang-kurangnya 19 kerusi untuk membentuk kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Esok, seramai 867,151 pemilih akan menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu selepas DUN Negeri Sembilan dibubarkan pada 5 Jun lalu bagi memberi laluan kepada PRN.<\/p>\n<p>Sebelum ini, 14,995 pengundi awal atau 91.06 peratus sudah selesai mengundi pada Selasa.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) menyasarkan kemenangan sekurang-kurangnya 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dengan unjuran terbaik antara 21 hingga 22 kerusi. Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari berkata sasaran itu dibuat berdasarkan perkembangan kempen semasa serta prestasi gabungan berkenaan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2018. \u201cKita cuba sedaya upaya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13915,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4621,4401,347,4465,4622],"authors":[],"class_list":["post-13909","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminudin-shari","tag-kerusi-dun","tag-ph","tag-prn-negeri-sembilan","tag-sasaran-ph"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13909","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13909"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13909\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13916,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13909\/revisions\/13916"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13915"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13909"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13909"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13909"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13909"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}