{"id":13925,"date":"2026-07-31T07:04:07","date_gmt":"2026-07-31T07:04:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13925"},"modified":"2026-07-31T07:05:43","modified_gmt":"2026-07-31T07:05:43","slug":"amk-jika-bermain-dua-kolam-bersama-pn-keluar-sahaja-kerajaan-selangor","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-jika-bermain-dua-kolam-bersama-pn-keluar-sahaja-kerajaan-selangor\/","title":{"rendered":"AMK: Jika bermain dua kolam bersama PN, keluar sahaja kerajaan Selangor"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mencabar UMNO Selangor supaya menarik diri daripada Kerajaan Negeri sekiranya parti itu benar-benar mahu kembali menjalin kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN), susulan kenyataan bekas pemimpin UMNO, Noh Omar yang dilihat menggesa penyatuan kedua-dua parti.<\/p>\n<p>Timbalan Ketua AMK negeri, Shahrul Adnan berkata, UMNO Selangor tidak sepatutnya mengambil pendirian yang bercanggah dengan terus berada dalam pentadbiran negeri, sambil pada masa sama dikatakan mahu bekerjasama dengan PN.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau benar UMNO Selangor masih mempunyai maruah dan berpegang kepada prinsip perjuangan yang dilaungkan, tidak perlu tunggu untuk dipecat. Tarik sahaja sokongan dan keluarlah daripada Kerajaan Negeri Selangor secara terhormat,&#8221; katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.<\/p>\n<p>Beliau mengulas perkembangan terbaharu membabitkan Noh yang kembali menyertai UMNO selepas meninggalkan Bersatu, selain dilaporkan menyuarakan hasrat agar UMNO Selangor kembali bekerjasama dengan PN.<\/p>\n<p>Menurut Shahrul, tindakan UMNO keluar daripada kerajaan negeri tidak akan menjejaskan kestabilan pentadbiran Selangor kerana kerajaan sedia ada kekal kukuh hasil kerjasama antara PKR, DAP dan Amanah.<\/p>\n<p>&#8220;Keluar atau tidak, ia tidak mengurangkan atau menambah apa-apa kepada kestabilan kerajaan. Kerajaan Negeri akan terus kekal utuh hasil kerjasama yang erat, ikhlas dan berprinsip antara PKR, DAP dan Amanah dalam memastikan agenda pembangunan negeri serta kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendesak UMNO memulangkan portfolio EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna sekiranya parti itu benar-benar memilih untuk bersama PN.<\/p>\n<p>&#8220;Ramai lagi Ahli Dewan Negeri daripada Pakatan Harapan yang lebih layak dan berkemampuan untuk memikul tanggungjawab tersebut.<\/p>\n<p>&#8220;Kerusi EXCO bukan mas kahwin politik untuk memujuk mana-mana parti supaya terus kekal berada dalam kerajaan. Jawatan itu adalah amanah kepada mereka yang benar-benar komited mempertahankan dasar serta kestabilan Kerajaan Negeri,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Shahrul berkata, rakyat Selangor kini lebih matang dalam menilai pendirian ahli politik dan mahukan kerajaan yang stabil serta memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat, bukannya pemimpin yang mahu mengekalkan jawatan dalam kerajaan sambil merancang pembentukan gabungan politik lain.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau benar mahu bersama PN, buktikan dengan tindakan. Jangan sekadar bercakap. Letak jawatan Exco dan keluarlah daripada Kerajaan Negeri Selangor,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, UMNO Selangor merupakan sebahagian daripada pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Selangor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 menerusi kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan PH.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan terbaharu, kenyataan Noh mengenai kemungkinan kerjasama UMNO dengan PN di Selangor kembali mencetuskan perdebatan dalam kalangan parti-parti komponen kerajaan negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mencabar UMNO Selangor supaya menarik diri daripada Kerajaan Negeri sekiranya parti itu benar-benar mahu kembali menjalin kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN), susulan kenyataan bekas pemimpin UMNO, Noh Omar yang dilihat menggesa penyatuan kedua-dua parti. Timbalan Ketua AMK negeri, Shahrul Adnan berkata, UMNO Selangor tidak sepatutnya mengambil pendirian yang bercanggah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13926,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,347,96,4625,146],"authors":[],"class_list":["post-13925","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-ph","tag-selangor","tag-shahrul-adnan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13925","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13925"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13925\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13930,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13925\/revisions\/13930"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13926"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13925"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13925"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13925"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13925"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}