{"id":13946,"date":"2026-07-31T13:02:59","date_gmt":"2026-07-31T13:02:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13946"},"modified":"2026-07-31T13:02:59","modified_gmt":"2026-07-31T13:02:59","slug":"muhyiddin-cadang-sidang-khas-rci-th-dilanjutkan-dua-hari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/muhyiddin-cadang-sidang-khas-rci-th-dilanjutkan-dua-hari\/","title":{"rendered":"Muhyiddin cadang sidang khas RCI TH dilanjutkan dua hari"},"content":{"rendered":"<p>Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin mencadangkan Sidang Khas Parlimen bagi membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) pada 11 Ogos ini dilanjutkan sekurang-kurangnya dua hari bagi memberi ruang kepada lebih ramai Ahli Dewan Rakyat mengambil bahagian.<\/p>\n<p>Bekas Perdana Menteri itu berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan perbahasan dapat dilakukan secara menyeluruh demi memperkukuh pengurusan, tatakelola dan prestasi TH.<\/p>\n<p>&#8220;Saya mencadangkan supaya Sidang Khas Parlimen untuk membahaskan Laporan RCI Tabung Haji yang dijadualkan pada 11 Ogos 2026 dilanjutkan tempoh sekurang-kurangnya dua hari.<\/p>\n<p>&#8220;Ini untuk membolehkan lebih ramai Ahli Dewan Rakyat mengambil bahagian dalam perbahasan dengan mengemukakan hujah yang bernas dan substantif demi menambah baik pengurusan, tatakelola dan prestasi Tabung Haji sebagai badan utama yang menguruskan pelaburan dan urusan ibadah haji umat Islam di Malaysia,&#8221; katanya dalam kenyataan, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut mengalu-alukan keputusan kerajaan mendedahkan laporan RCI kepada umum dan menyifatkan langkah itu memberi peluang kepada rakyat meneliti dapatan suruhanjaya secara telus.<\/p>\n<p>&#8220;Penubuhan RCI mengenai Lembaga Tabung Haji diputuskan oleh Kabinet semasa saya menjadi Perdana Menteri.<\/p>\n<p>&#8220;Justeru, saya mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk mendedahkan Laporan RCI Tabung Haji. Pendedahan laporan ini memberikan peluang kepada rakyat untuk mengetahui dan menilai dapatan suruhanjaya secara telus dan adil,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berpandangan masih terdapat beberapa perkara dalam laporan itu yang memerlukan penjelasan lanjut daripada kerajaan, termasuk hasil audit forensik terhadap 14 pelaburan bermasalah yang didakwa mengakibatkan TH menanggung kerugian berbilion ringgit.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini membenarkan laporan RCI Tabung Haji itu didedahkan kepada umum.<\/p>\n<p>Laporan itu mengandungi 25 syor penambahbaikan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan susulan dapatan yang terkandung dalam laporan berkenaan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhyiddin Yassin mencadangkan Sidang Khas Parlimen bagi membahaskan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH) pada 11 Ogos ini dilanjutkan sekurang-kurangnya dua hari bagi memberi ruang kepada lebih ramai Ahli Dewan Rakyat mengambil bahagian. Bekas Perdana Menteri itu berkata, langkah berkenaan penting bagi memastikan perbahasan dapat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":2168,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2966,1590,4608,4631,1314],"authors":[],"class_list":["post-13946","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bahas","tag-muhyiddin-yassin","tag-rci-th","tag-sidang-khas-parlimen","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13946","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13946"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13946\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13947,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13946\/revisions\/13947"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2168"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13946"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13946"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13946"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13946"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}