{"id":13948,"date":"2026-07-31T14:08:17","date_gmt":"2026-07-31T14:08:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13948"},"modified":"2026-07-31T14:08:17","modified_gmt":"2026-07-31T14:08:17","slug":"zahid-sambut-seruan-anwar-berdamai-lepas-prn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-sambut-seruan-anwar-berdamai-lepas-prn\/","title":{"rendered":"Zahid sambut seruan Anwar berdamai lepas PRN"},"content":{"rendered":"<p>Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik seruan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya semua pihak mengetepikan perbezaan politik dan kembali berdamai selepas berakhirnya kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, semua pemimpin perlu berlapang dada dan mempamerkan kematangan dalam berpolitik walaupun bersaing di gelanggang pilihan raya.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tahu Perdana Menteri mengatakan selepas ini kita hendaklah berdamai semula, merangkul semula hubungan di antara kita, kerana di Putrajaya kita berada di dalam kerajaan sama, tapi di Negeri Sembilan dan Johor kita terpaksa di gelanggang yang berbeza.<\/p>\n<p>&#8220;Ini unik dan indah erti demokrasi di Malaysia. Demi menjaga kepentingan nasional, kita mesti bersama-sama terus memantapkan Kerajaan Perpaduan dan komitmen kita menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal kita kotakan dan kita laksanakan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sesi Ramah Mesra Bersama Timbalan Perdana Menteri di Dewan Terbuka Kampung Taman Jaya, Bahau, hari ini.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata, persaingan politik tidak seharusnya menjejaskan hubungan antara pemimpin dan penyokong selepas proses demokrasi berakhir, terutama ketika Kerajaan Perpaduan terus mentadbir negara di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>Terdahulu, Anwar menerusi hantaran video di media sosial mengajak semua pihak kembali mengeratkan hubungan selepas tamat tempoh berkempen menjelang hari pengundian PRN Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>&#8220;PRN Negeri Sembilan bermula dan kita sudah melalui tempoh kempen dengan pelbagai pandangan dikemukakan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya percaya dalam proses itu ada keterlanjuran, jadi marilah kita saling bermaaf-maafan dan kembali bersahabat kerana kita semua adalah rakyat Malaysia,&#8221; kata Anwar.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan menyaksikan kerjasama Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan tidak diterjemahkan dalam pertandingan di negeri itu apabila PH dan BN bertanding secara berasingan.<\/p>\n<p>Pilihan raya yang mempertandingkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dijadual berlangsung esok dan dijangka menjadi penentu hala tuju pentadbiran negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik seruan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim supaya semua pihak mengetepikan perbezaan politik dan kembali berdamai selepas berakhirnya kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, semua pemimpin perlu berlapang dada dan mempamerkan kematangan dalam berpolitik walaupun bersaing di gelanggang pilihan raya. &#8220;Kita tahu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13348,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,170,292,824,4465],"authors":[],"class_list":["post-13948","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-anwar-ibrahim","tag-berdamai","tag-kerjasama","tag-prn-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13948","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13948"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13948\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13949,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13948\/revisions\/13949"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13348"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13948"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13948"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13948"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13948"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}