{"id":13972,"date":"2026-08-01T14:34:39","date_gmt":"2026-08-01T14:34:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13972"},"modified":"2026-08-01T14:34:39","modified_gmt":"2026-08-01T14:34:39","slug":"keputusan-prn-ns-ph-hargai-sokongan-pengundi-kesal-corak-kempen-perkauman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/keputusan-prn-ns-ph-hargai-sokongan-pengundi-kesal-corak-kempen-perkauman\/","title":{"rendered":"Keputusan PRN NS: PH hargai sokongan pengundi, kesal corak kempen perkauman"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) mendakwa kempen berunsur perkauman dan politik identiti menjadi antara corak utama yang mewarnai Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Negeri Sembilan, sekali gus berpotensi mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan bersama pada Sabtu, kepimpinan PH turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Negeri Sembilan yang keluar menunaikan tanggungjawab mengundi, selain mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pasukan keselamatan, petugas media, sukarelawan dan jentera parti yang memastikan proses pengundian berlangsung dengan lancar.<\/p>\n<p>Mengikut perkiraan tidak rasmi ketika kenyataan itu dikeluarkan, PH mendahului di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Barisan Nasional (BN) di 18 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) di tujuh kerusi, sementara menunggu pengesahan rasmi daripada SPR.<\/p>\n<p>&#8220;PRN kali ini memperlihatkan kempen perkauman luar biasa yang bersifat identiti sehingga mampu menyemai unsur pemecahbelahan masyarakat dan negeri.<\/p>\n<p>&#8220;Sikap ini boleh menimbulkan kegelisahan serta perasaan syak wasangka dalam kalangan rakyat, khususnya antara masyarakat Melayu dan bukan Melayu,&#8221; menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>PH menegaskan pembangunan Negeri Sembilan dan negara seharusnya berteraskan isu yang lebih dekat dengan kehidupan rakyat seperti pertumbuhan ekonomi tempatan, peluang pekerjaan untuk golongan muda, pendidikan, kos sara hidup dan kebajikan.<\/p>\n<p>Menurut gabungan itu, pendekatan politik yang menakut-nakutkan rakyat tidak sepatutnya dijadikan asas untuk meraih sokongan.<\/p>\n<p>&#8220;Politik berasaskan nilai dan prinsip yang mengutamakan martabat rakyat perlu menjadi keutamaan demi membina negeri dan negara,&#8221; kata kenyataan itu.<\/p>\n<p>Sementara menunggu keputusan rasmi diumumkan SPR, PH memaklumkan kesemua 36 calonnya akan turun padang pada Ahad bagi menyantuni pengundi di kawasan masing-masing sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan.<\/p>\n<p>Gabungan itu turut memaklumkan calon-calon yang dipilih akan mula menyusun pasukan masing-masing mulai Isnin bagi memastikan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan tanpa berlengah.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan persaingan sengit antara BN, PH dan PN bagi merebut 36 kerusi DUN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) mendakwa kempen berunsur perkauman dan politik identiti menjadi antara corak utama yang mewarnai Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16 Negeri Sembilan, sekali gus berpotensi mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat. Dalam kenyataan bersama pada Sabtu, kepimpinan PH turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Negeri Sembilan yang keluar menunaikan tanggungjawab mengundi, selain mengucapkan terima kasih kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,210,1154,727,103,1394],"authors":[],"class_list":["post-13972","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-kalah","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-prn","tag-spr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13972","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13972"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13972\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13973,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13972\/revisions\/13973"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13972"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13972"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13972"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13972"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}