{"id":13985,"date":"2026-08-01T16:43:49","date_gmt":"2026-08-01T16:43:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=13985"},"modified":"2026-08-01T16:43:49","modified_gmt":"2026-08-01T16:43:49","slug":"prn-n9-spr-sahkan-kemenangan-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-n9-spr-sahkan-kemenangan-bn\/","title":{"rendered":"PRN N9: SPR sahkan kemenangan BN"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) kembali menerajui pentadbiran Negeri Sembilan selepas memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.<\/p>\n<p>Perkara itu disahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun dalam kenyataan malam ini.<\/p>\n<p>Menurut SPR, Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) memperoleh tujuh kerusi.<\/p>\n<p>\u201cBerikut adalah keputusan penuh Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri, Negeri Sembilan Ke-16 yang telah dijalankan dengan bebas, adil dan telus.<\/p>\n<p>\u201cBN jumlah kerusi yang diperolehi 18, PH 11 kerusi dan PN tujuh kerusi,\u201d menurutnya dalam kenyataan itu.<\/p>\n<p>Menurut Ramlan, seramai 646,084 pengundi atau 72.64 peratus daripada keseluruhan pemilih berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian.<\/p>\n<p>\u201cJumlah tersebut meliputi jumlah pengundi awal, pengundi pos dan pengundi biasa yang telah mengundi,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>SPR menyatakan proses pengundian yang berlangsung pada Sabtu berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang menjejaskan perjalanan pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cSecara keseluruhannya, SPR berpuas hati dengan proses pengundian yang berlangsung pada 1 Ogos 2026 (Sabtu) dan pengundi-pengundi berdaftar telah dapat menunaikan hak dan tanggungjawab mereka.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, PRU Dewan Negeri, Negeri Sembilan ke-16 juga tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini yang boleh menjejaskan proses pilihan raya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut SPR, segala urusan pilihan raya dilaksanakan mengikut undang-undang serta peraturan yang ditetapkan bagi memastikan proses demokrasi berlangsung dengan teratur.<\/p>\n<p>PRN Negeri Sembilan kali ini menyaksikan pertandingan di semua 36 kerusi DUN untuk memilih kerajaan negeri baharu.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) kembali menerajui pentadbiran Negeri Sembilan selepas memperoleh majoriti mudah dengan memenangi 18 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Perkara itu disahkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Ramlan Harun dalam kenyataan malam ini. Menurut SPR, Pakatan Harapan (PH) memenangi 11 kerusi dan Perikatan Nasional [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":2,"featured_media":13986,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[378,4642,172,4465,1394],"authors":[],"class_list":["post-13985","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bn","tag-majoriti-mudah","tag-pengundi","tag-prn-negeri-sembilan","tag-spr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13985","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/2"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=13985"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13985\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":13987,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/13985\/revisions\/13987"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13986"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=13985"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=13985"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=13985"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=13985"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}