{"id":14031,"date":"2026-08-04T04:23:15","date_gmt":"2026-08-04T04:23:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14031"},"modified":"2026-08-04T04:23:15","modified_gmt":"2026-08-04T04:23:15","slug":"polis-siasat-orang-dalam-kes-juruterbang-seludup-dadah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-siasat-orang-dalam-kes-juruterbang-seludup-dadah\/","title":{"rendered":"Polis siasat &#8216;orang dalam&#8217; kes juruterbang seludup dadah"},"content":{"rendered":"<p>Siasatan kes cubaan menyeludup dadah melibatkan seorang pembantu juruterbang kini tertumpu kepada kemungkinan wujud penglibatan &#8216;orang dalam&#8217; di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).<\/p>\n<p>Polis mengenal pasti seorang anggota pasukan beruniform yang bertugas di KLIA bagi membantu siasatan berhubung bagaimana seorang pembantu juruterbang dipercayai berjaya membawa dadah melepasi semua lapisan pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas.<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata, individu berusia lingkungan 30-an itu dikenal pasti mempunyai kaitan dengan prosedur saringan keselamatan di KLIA.<\/p>\n<p>Menurutnya, pembantu juruterbang terbabit berjaya melepasi kesemua empat peringkat pemeriksaan keselamatan melalui laluan khas yang digunakan kakitangan lapangan terbang, dengan kaedah pemeriksaan sama seperti penumpang biasa.<\/p>\n<p>&#8220;Sehingga kini kita sudah mengenal pasti seorang dan kita akan menghubunginya untuk disoal siasat. Jika ada keperluan, kita akan membuat tangkapan melibatkan kakitangan lapangan terbang yang terlibat dalam saringan tersebut,&#8221; katanya pada sidang akhbar di Shah Alam hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, siasatan kini memberi tumpuan kepada kemungkinan berlaku kecuaian, pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) atau unsur subahat yang membolehkan dadah dibawa melepasi pemeriksaan keselamatan.<\/p>\n<p>Katanya, polis tidak menolak kemungkinan siasatan akan diperluaskan sekiranya terdapat bukti penglibatan individu lain dalam insiden berkenaan.<\/p>\n<p>Kes itu mendapat perhatian ramai susulan penahanan seorang pembantu juruterbang yang disyaki cuba menyeludup dadah menggunakan penerbangan komersial.<\/p>\n<p>Insiden tersebut turut mencetuskan persoalan mengenai tahap keberkesanan sistem keselamatan di pintu masuk utama negara.<\/p>\n<p>Polis sebelum ini memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh, termasuk meneliti setiap peringkat pemeriksaan keselamatan dan peranan semua pihak yang terlibat bagi memastikan sebarang kelemahan dapat dikenal pasti serta tindakan sewajarnya diambil.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Siasatan kes cubaan menyeludup dadah melibatkan seorang pembantu juruterbang kini tertumpu kepada kemungkinan wujud penglibatan &#8216;orang dalam&#8217; di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Polis mengenal pasti seorang anggota pasukan beruniform yang bertugas di KLIA bagi membantu siasatan berhubung bagaimana seorang pembantu juruterbang dipercayai berjaya membawa dadah melepasi semua lapisan pemeriksaan keselamatan sebelum berlepas. Pengarah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":394,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[511,299,4649,453,43,1581],"authors":[],"class_list":["post-14031","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dadah","tag-jakarta","tag-juruterbang","tag-klia","tag-pdrm","tag-seludup"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14031","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14031"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14031\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14032,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14031\/revisions\/14032"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/394"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14031"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14031"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14031"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14031"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}