{"id":14034,"date":"2026-08-04T09:34:03","date_gmt":"2026-08-04T09:34:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14034"},"modified":"2026-08-04T09:34:03","modified_gmt":"2026-08-04T09:34:03","slug":"polis-rekod-11-nahas-maut-ketika-program-rxz-members-8-0","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/polis-rekod-11-nahas-maut-ketika-program-rxz-members-8-0\/","title":{"rendered":"Polis rekod 11 nahas maut ketika program RXZ Members 8.0"},"content":{"rendered":"<p>Program RXZ Members 8.0 yang berlangsung selama empat hari berakhir dengan rekod 11 kemalangan maut daripada keseluruhan 46 kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Muhammed Hasbullah Ali berkata statistik itu direkodkan sepanjang tempoh program bermula 30 Julai hingga 2 Ogos lalu.<\/p>\n<p>&#8220;Selain 11 kemalangan maut, sebanyak lima kes membabitkan kemalangan parah, manakala 30 lagi adalah kemalangan ringan,&#8221; katanya dalam kenyataan pada Selasa.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan, sebanyak empat kemalangan direkodkan pada 30 Julai, diikuti 16 kes pada 31 Julai yang menjadi jumlah tertinggi, 11 kes pada 1 Ogos dan 15 lagi pada 2 Ogos.<\/p>\n<p>Menurut beliau, analisis turut mendapati golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun paling ramai terlibat dalam kemalangan dengan 19 mangsa.<\/p>\n<p>&#8220;Ia diikuti kumpulan umur 18 hingga 20 tahun seramai 10 orang, 41 hingga 50 tahun (9) dan 31 hingga 40 tahun (8). Secara keseluruhan, seramai 29 daripada 46 penunggang yang terbabit berusia antara 18 hingga 30 tahun, dengan penunggang berusia 20 tahun mencatatkan jumlah penglibatan tertinggi iaitu tujuh orang,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Muhammed Hasbullah berkata, daripada keseluruhan mangsa, 44 adalah lelaki manakala dua lagi wanita.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan, kemalangan langgar belakang merekodkan jumlah tertinggi dengan 21 kes, diikuti terbabas sendiri sebanyak 15 kes, langgar sebelah tepi tujuh kes dan bergesel tiga kes.<\/p>\n<p>Menurutnya, siasatan mendapati antara punca utama kemalangan ialah kecuaian penunggang, gagal mengawal motosikal, mengekor terlalu rapat serta menunggang secara tidak selamat hingga membahayakan pengguna jalan raya lain.<\/p>\n<p>&#8220;Penunggang motosikal dinasihatkan sentiasa mematuhi had laju, mengekalkan jarak selamat, mengelakkan pergerakan berkumpulan yang tidak terkawal, tidak berlumba atau melakukan aksi berbahaya serta memastikan motosikal berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan penganjur program atau himpunan motosikal supaya menyediakan pelan pergerakan yang lebih teratur, memberi taklimat keselamatan kepada peserta serta bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengurangkan risiko kemalangan.<\/p>\n<p>Katanya, semua kes kemalangan maut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala kemalangan parah disiasat di bawah Seksyen 43(1) akta sama.<\/p>\n<p>&#8220;Pemantauan dan penguatkuasaan terhadap kesalahan lalu lintas akan terus dipertingkatkan, manakala tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang atau menunggang secara berbahaya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Program RXZ Members merupakan antara perhimpunan motosikal terbesar di negara ini yang menghimpunkan puluhan ribu peminat Yamaha RXZ dari seluruh Malaysia setiap tahun.<\/p>\n<p>Namun, setiap kali penganjurannya, isu keselamatan jalan raya sering menjadi perhatian susulan peningkatan jumlah konvoi motosikal serta beberapa kemalangan yang berlaku ketika peserta dalam perjalanan pergi dan pulang dari lokasi program.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Program RXZ Members 8.0 yang berlangsung selama empat hari berakhir dengan rekod 11 kemalangan maut daripada keseluruhan 46 kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Muhammed Hasbullah Ali berkata statistik itu direkodkan sepanjang tempoh program bermula 30 Julai hingga 2 Ogos lalu. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14035,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[42,45,4651,43,4652,4650],"authors":[],"class_list":["post-14034","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kemalangan","tag-maut","tag-motorsikal","tag-pdrm","tag-rempit","tag-rxz-members-8-0"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14034","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14034"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14034\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14036,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14034\/revisions\/14036"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14035"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14034"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14034"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14034"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14034"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}