{"id":14052,"date":"2026-08-05T02:25:26","date_gmt":"2026-08-05T02:25:26","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14052"},"modified":"2026-08-05T02:25:26","modified_gmt":"2026-08-05T02:25:26","slug":"ahli-pkr-dakwa-hantaran-ridhuan-tee-sentuh-isu-sensitif-3r-buat-laporan-polis","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ahli-pkr-dakwa-hantaran-ridhuan-tee-sentuh-isu-sensitif-3r-buat-laporan-polis\/","title":{"rendered":"Ahli PKR dakwa hantaran Ridhuan Tee sentuh isu sensitif 3R, buat laporan polis"},"content":{"rendered":"<p>Seorang ahli PKR membuat laporan polis terhadap pendakwah Ridhuan Tee Abdullah selepas mendakwa beberapa hantaran di media sosial miliknya mengandungi unsur provokasi membabitkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R).<\/p>\n<p>Laporan itu dibuat oleh ahli PKR Batu, Rozan Azen Mat Rasip di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 pagi, Rabu.<\/p>\n<p>Menurut Rozan, beberapa hantaran Facebook Ridhuan yang dimuat naik antara 17 Mei hingga 3 Ogos lalu didakwa mengandungi retorik berbaur perkauman serta kenyataan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>&#8220;Laporan polis ini dibuat setelah dilihat beliau sering cuba mengadu domba pengguna media sosial menerusi muat naik status yang menimbulkan provokasi perkauman dan perbezaan agama selain mengelirukan masyarakat berhubung isu semasa termasuk hukum-hakam dari sudut pandangan agama yang jelas tidak sesuai dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dan berdaulat,&#8221; katanya dalam laporan polis itu.<\/p>\n<p>Rozan turut mendakwa ruangan komen pada beberapa hantaran berkenaan mengandungi penghinaan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Allahyarham bapanya, beberapa pemimpin kerajaan, mufti negeri serta institusi diraja.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menggesa polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan sedang mengumpul bukti untuk membuat laporan polis terhadap beberapa lagi pengguna media sosial yang didakwa melakukan kesalahan sama.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sedang menunggu giliran untuk bertemu pegawai penyiasat mengenai laporan polis ini. Saya berharap tindakan tegas dapat diambil oleh pihak polis,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ini bukan kali pertama Ridhuan menjadi perhatian susulan kenyataan yang dimuat naik di media sosial.<\/p>\n<p>Pada Mac lalu, namanya tersenarai dalam satu memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan Madani bagi menggesa tindakan lebih tegas terhadap individu yang didakwa menyebarkan ucapan kebencian berasaskan agama dan kaum.<\/p>\n<p>Memorandum yang diketuai Persekutuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) itu turut menamakan Zamri Vinoth, Firdaus Wong Wai Hung dan Tamim Dahri Abdul Razak sebagai individu yang didakwa berulang kali mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama serta hubungan antara kaum.<\/p>\n<p>Setakat ini, Ridhuan Tee belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan polis tersebut.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang ahli PKR membuat laporan polis terhadap pendakwah Ridhuan Tee Abdullah selepas mendakwa beberapa hantaran di media sosial miliknya mengandungi unsur provokasi membabitkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R). Laporan itu dibuat oleh ahli PKR Batu, Rozan Azen Mat Rasip di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10 pagi, Rabu. Menurut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3747,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[815,13,357,561,1862,4658,18,94,4659],"authors":[],"class_list":["post-14052","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-3r","tag-anwar","tag-hina","tag-laporan","tag-mohd-ridhuan-tee-abdullah","tag-pkr-batu","tag-pmx","tag-polis","tag-rozan-azen-mat-rasip"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14052","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14052"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14052\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14053,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14052\/revisions\/14053"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3747"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14052"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14052"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14052"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14052"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}