{"id":14055,"date":"2026-08-05T02:27:55","date_gmt":"2026-08-05T02:27:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14055"},"modified":"2026-08-05T02:27:55","modified_gmt":"2026-08-05T02:27:55","slug":"rci-tabung-haji-bekas-ceo-cfo-syarikat-glc-ditahan-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rci-tabung-haji-bekas-ceo-cfo-syarikat-glc-ditahan-sprm\/","title":{"rendered":"RCI Tabung Haji: Bekas CEO, CFO syarikat GLC ditahan SPRM"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan seorang bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH).<\/p>\n<p>Kedua-dua lelaki berusia 68 dan 60 tahun itu disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pembelian saham dua syarikat perladangan yang dianggarkan bernilai RM370 juta.<\/p>\n<p>Menurut sumber dipetik laporan BH, mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada kira-kira jam 6.30 petang semalam.<\/p>\n<p>&#8220;Bagaimanapun, kedua-dua suspek dibebaskan pada malam sama atas faktor kesihatan dan dijadual hadir semula ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 10 pagi ini bagi menyambung rakaman percakapan,&#8221; menurut sumber.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman mengesahkan penahanan berkenaan ketika dihubungi.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang melibatkan kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.<\/p>\n<p>Penahanan terbaharu itu menyusul tindakan SPRM menahan dua individu lain kelmarin selepas pasukan khas agensi berkenaan meneliti dapatan Laporan RCI Tabung Haji.<\/p>\n<p>Suspek pertama ialah seorang pengarah syarikat reka bentuk berusia lingkungan 50-an yang disyaki memberi rasuah kira-kira RM300,000 kepada seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah badan berkanun bagi mendapatkan projek bernilai sekitar RM8 juta.<\/p>\n<p>Siasatan mendapati kesalahan itu dipercayai berlaku antara 2014 hingga 2018 menerusi kerja-kerja pengubahsuaian empat unit rumah milik bekas COO berkenaan dengan nilai keseluruhan sekitar RM300,000 sebagai balasan mendapatkan projek.<\/p>\n<p>Seorang lagi suspek pula merupakan bekas pengurus ladang sebuah syarikat pembekalan anak benih pokok getah yang disyaki menyeleweng kontrak pembekalan bernilai kira-kira RM8 juta di dua syarikat perladangan yang juga anak syarikat badan berkanun terbabit antara 2015 hingga 2017.<\/p>\n<p>Lelaki berusia lingkungan 50-an itu turut ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.<\/p>\n<p>RCI Tabung Haji ditubuhkan bagi meneliti pelbagai isu berkaitan tadbir urus, pengurusan dan urus niaga melibatkan institusi berkenaan.<\/p>\n<p>Susulan laporan itu, SPRM menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat dakwaan salah laku dan penyelewengan yang dikenal pasti, termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang dipercayai terbabit.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan seorang bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) sebuah syarikat milik badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH). Kedua-dua lelaki berusia 68 dan 60 tahun itu disyaki menyalahgunakan kuasa dalam urusan pembelian saham dua syarikat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[24,828,23,21,1314,1070],"authors":[],"class_list":["post-14055","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-rasuah","tag-rci","tag-siasatan","tag-sprm","tag-tabung-haji","tag-tahan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14055","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14055"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14055\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14056,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14055\/revisions\/14056"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14055"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14055"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14055"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14055"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}