{"id":14063,"date":"2026-08-05T07:44:54","date_gmt":"2026-08-05T07:44:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14063"},"modified":"2026-08-05T07:44:54","modified_gmt":"2026-08-05T07:44:54","slug":"rci-tabung-haji-tiga-lagi-direman-bantu-siasatan-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rci-tabung-haji-tiga-lagi-direman-bantu-siasatan-sprm\/","title":{"rendered":"RCI Tabung Haji: Tiga lagi direman bantu siasatan SPRM"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu yang dikaitkan dengan sebuah syarikat hartanah milik anak syarikat badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan caj Notis Penalti (NOP) bernilai kira-kira RM450,000.<\/p>\n<p>Ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada seorang timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek direman selama lima hari sehingga 9 Ogos selepas perintah dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu.<\/p>\n<p>Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah susulan permohonan SPRM.<\/p>\n<p>Menurut sumber, semua suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 6 petang pada Selasa ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek dipercayai bersubahat melakukan penyelewengan caj Notis Penalti antara tahun 2017 hingga 2019,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Penahanan itu adalah sebahagian daripada tindakan susulan SPRM selepas penubuhan pasukan khas bagi menyemak dan meneliti dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang didedahkan kepada umum melalui portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 29 Julai lalu.<\/p>\n<p>Sebelum ini, SPRM memaklumkan pasukan khas tersebut diketuai Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Mohd Hafaz Nazar, bagi mengenal pasti sebarang unsur salah laku atau jenayah yang memerlukan tindakan penguatkuasaan.<\/p>\n<p>Pada Jumaat lalu, lapan pegawai SPRM turut digerakkan ke ibu pejabat Tabung Haji di Kuala Lumpur bagi meneliti dokumen berkaitan sebagai sebahagian daripada siasatan.<\/p>\n<p>Laporan RCI Tabung Haji sebelum ini mengandungi pelbagai dapatan berkaitan urus tadbir, pengurusan kewangan serta keputusan pelaburan yang dibuat dalam tempoh beberapa tahun lalu.<\/p>\n<p>Susulan pendedahan laporan itu, SPRM membuka beberapa kertas siasatan bagi meneliti sama ada terdapat unsur rasuah, pecah amanah atau penyalahgunaan kuasa yang boleh membawa kepada tindakan undang-undang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu yang dikaitkan dengan sebuah syarikat hartanah milik anak syarikat badan berkanun bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan caj Notis Penalti (NOP) bernilai kira-kira RM450,000. Ketiga-tiga suspek yang terdiri daripada seorang timbalan pengurus besar pembinaan, pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengarah projek direman selama lima hari sehingga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[24,828,486,21,1314,1070],"authors":[],"class_list":["post-14063","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-rasuah","tag-rci","tag-reman","tag-sprm","tag-tabung-haji","tag-tahan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14063","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14063"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14063\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14064,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14063\/revisions\/14064"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14063"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14063"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14063"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14063"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}