{"id":14082,"date":"2026-08-06T06:08:53","date_gmt":"2026-08-06T06:08:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14082"},"modified":"2026-08-06T06:08:53","modified_gmt":"2026-08-06T06:08:53","slug":"umno-bn-tegas-tiada-kompromi-jika-salah-laku-th-terbukti-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-bn-tegas-tiada-kompromi-jika-salah-laku-th-terbukti-zahid\/","title":{"rendered":"UMNO-BN tegas, tiada kompromi jika salah laku TH terbukti: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu yang didapati terlibat dalam penyelewengan, pecah amanah atau kegagalan mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji dibuktikan.<\/p>\n<p>Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata sesiapa yang didapati bersalah perlu menerima tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan yang disandang.<\/p>\n<p>\u201cPendirian BN dan UMNO, jika benar ada individu ataupun sekumpulan pihak yang melakukan penyelewengan atau pecah amanah atau melaksanakan tadbir urus yang tidak selari dengan tata kelola sesebuah organisasi kerajaan, apatah lagi badan berkanun, maka mereka perlu berdepan dengan konsekuensinya.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak harus berkompromi jika unsur-unsur negatif itu benar-benar berlaku,\u201d katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Putrajaya hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan laporan RCI yang disiapkan setakat ini masih berbentuk syor dan cadangan.<\/p>\n<p>Justeru, sebarang tindakan susulan perlu melalui proses yang ditetapkan kerajaan serta dibincangkan di Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cLaporan Suruhanjaya Diraja hanya mengemukakan syor. Tindakan selanjutnya akan dibahaskan dan diperbincangkan di Dewan Rakyat sebelum keputusan dibuat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Ahmad Zahid lagi, perbahasan di Dewan Rakyat penting bagi memberi ruang kepada semua Ahli Parlimen meneliti dapatan dan syor yang dikemukakan sebelum kerajaan menentukan langkah susulan.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan kerajaan tidak sepatutnya bertolak ansur terhadap sebarang salah laku yang boleh menjejaskan integriti institusi awam, khususnya badan berkanun yang menguruskan amanah rakyat.<\/p>\n<p>Laporan RCI Tabung Haji dijadual dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada 11 Ogos.<\/p>\n<p>Sidang itu dijangka menjadi antara tumpuan utama persidangan susulan pelbagai dapatan berkaitan tadbir urus dan pengurusan institusi berkenaan.<\/p>\n<p>Sidang khas tersebut akan berlangsung secara berterusan tanpa waktu rehat berikutan sambutan tinggi Ahli Parlimen untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Setakat ini, kira-kira 35 hingga 40 Ahli Parlimen telah menyatakan hasrat untuk berucap.<\/p>\n<p>RCI Tabung Haji ditubuhkan bagi menyiasat isu tadbir urus dan pengurusan institusi itu, termasuk dakwaan penyelewengan serta pelanggaran prosedur yang berlaku pada pentadbiran terdahulu.<\/p>\n<p>Sejak laporan berkenaan diumumkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka beberapa kertas siasatan, menahan reman beberapa individu serta merakam keterangan saksi bagi membantu siasatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak akan melindungi mana-mana individu yang didapati terlibat dalam penyelewengan, pecah amanah atau kegagalan mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji dibuktikan. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata sesiapa yang didapati bersalah perlu menerima tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13805,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[147,378,828,21,1314,146],"authors":[],"class_list":["post-14082","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-rci","tag-sprm","tag-tabung-haji","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14082","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14082"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14082\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14083,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14082\/revisions\/14083"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13805"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14082"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14082"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14082"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14082"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}