{"id":14097,"date":"2026-08-06T08:20:55","date_gmt":"2026-08-06T08:20:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14097"},"modified":"2026-08-06T08:20:55","modified_gmt":"2026-08-06T08:20:55","slug":"kes-bunuh-anak-hukuman-mati-bekas-tentera-diganti-penjara-40-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-bunuh-anak-hukuman-mati-bekas-tentera-diganti-penjara-40-tahun\/","title":{"rendered":"Kes bunuh anak: Hukuman mati bekas tentera diganti penjara 40 tahun"},"content":{"rendered":"<p>Bekas anggota tentera yang didapati bersalah membunuh anak perempuan kandungnya lapan tahun lalu terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman itu digantikan dengan penjara 40 tahun dan 12 sebatan.<\/p>\n<p>Keputusan majoriti 2-1 itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Nordin Hassan bersama Vazeer Alam Mydin Meera dan Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang turut mengekalkan sabitan terhadap Mohammad Abdullah Mohamed, 44, di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Nordin ketika membacakan keputusan berkata, mahkamah tidak menemukan sebarang ketidakadilan dalam keputusan mahkamah terdahulu yang mensabitkan tertuduh.<\/p>\n<p>&#8220;Mahkamah mendapati tiada \u2018miscarriage of justice\u2019 dalam keputusan mahkamah terdahulu yang mensabitkan perayu bersalah. Oleh itu, sabitan dikekalkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut memaklumkan wujud perbezaan pandangan dalam kalangan panel hakim berhubung hukuman.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau berpendapat hukuman mati sepatutnya dikekalkan, namun dua lagi hakim berpendirian hukuman itu wajar digantikan dengan penjara.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tidak bersetuju kerana pada pandangan saya hukuman mati sepatutnya dikekalkan. Namun, majoriti panel memutuskan hukuman digantikan dengan penjara 40 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 31 Januari 2018 serta 12 sebatan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, peguam Afifuddin Ahmad Hafifi yang mewakili Mohammad berhujah sabitan terhadap anak guamnya tidak selamat kerana mahkamah terdahulu menerima keterangan abang mangsa tanpa menjalankan ujian kompetensi bagi menentukan kelayakannya memberi keterangan secara bersumpah.<\/p>\n<p>Beliau turut memohon mahkamah memberi peluang kedua kepada anak guamnya.<\/p>\n<p>&#8220;Dalam kes ini, anak guam telah membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Saya memohon agar anak guam diberikan peluang kedua,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah saksi berkenaan yang berusia 15 tahun ketika memberi keterangan memahami setiap soalan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan.<\/p>\n<p>Menurutnya, saksi memaklumkan dia dan adiknya dihukum oleh bapa mereka kerana tidak menunaikan solat dengan dipaksa melakukan 500 kali \u2018pumping\u2019 dan \u2018sit up\u2019.<\/p>\n<p>Katanya, apabila mangsa tidak lagi berdaya meneruskan hukuman itu, tertuduh didakwa menendang dan memijak perut mangsa sehingga menyebabkan pankreasnya pecah, selain mengalami tulang rusuk patah, kesan cekik pada leher dan hentakan di kepala.<\/p>\n<p>&#8220;Mangsa mengalami 23 kecederaan luaran. Perayu tidak layak diberi peluang kedua dan tidak pernah menunjukkan penyesalan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Selepas prosiding, Wan Shaharuddin berkata pihak pendakwaan menerima keputusan mahkamah.<\/p>\n<p>&#8220;Saya bersyukur mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun. Dalam tempoh menjalani hukuman itu, dia perlu memikirkan apa yang telah dilakukan terhadap anaknya. Itu lebih teruk daripada hukuman mati,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pada 22 Ogos 2023, Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhkan hukuman mati terhadap Mohammad selepas didapati bersalah membunuh Nur Aina Nabihah, 9, di sebuah rumah di Taman Vista Jaya, Lukut, Port Dickson antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam pada 31 Januari 2018.<\/p>\n<p>Keputusan itu kemudian dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 26 Jun 2025 sebelum Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan, namun menggantikan hukuman mati dengan penjara 40 tahun dan 12 sebatan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas anggota tentera yang didapati bersalah membunuh anak perempuan kandungnya lapan tahun lalu terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan hukuman itu digantikan dengan penjara 40 tahun dan 12 sebatan. Keputusan majoriti 2-1 itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Nordin Hassan bersama Vazeer Alam Mydin Meera dan Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang turut mengekalkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4664,749,1304,2217],"authors":[],"class_list":["post-14097","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-4664","tag-hukuman-mati","tag-kanun-keseksaan","tag-kes-mahkamah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14097","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14097"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14097\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14098,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14097\/revisions\/14098"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14097"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14097"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14097"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14097"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}