{"id":14106,"date":"2026-08-06T10:24:23","date_gmt":"2026-08-06T10:24:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14106"},"modified":"2026-08-06T10:24:23","modified_gmt":"2026-08-06T10:24:23","slug":"malaysia-sasar-jadi-hab-ai-dan-telekomunikasi-asean-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/malaysia-sasar-jadi-hab-ai-dan-telekomunikasi-asean-fahmi\/","title":{"rendered":"Malaysia sasar jadi hab AI dan telekomunikasi ASEAN: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia berpotensi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kecerdasan buatan (AI), telekomunikasi dan kesalinghubungan digital di ASEAN menerusi penganjuran M360 ASEAN 2026 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 dan 10 September depan.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah buat julung kalinya bagi acara berprestij itu membuktikan keyakinan industri teknologi global terhadap keupayaan negara membangunkan ekosistem digital yang semakin berkembang.<\/p>\n<p>Menurutnya, M360 ASEAN akan menghimpunkan pemain industri telekomunikasi, syarikat teknologi, pelabur, pakar, ahli akademik serta wakil kerajaan dari seluruh rantau bagi membincangkan masa depan AI, infrastruktur digital dan kesalinghubungan serantau.<\/p>\n<p>&#8220;Ini satu penghormatan kepada Malaysia. M360 menjadi penanda aras dalam industri telekomunikasi dunia dan penganjurannya memberi peluang kepada negara memperlihatkan hala tuju ASEAN dalam AI serta kesalinghubungan digital,&#8221; katanya kepada media selepas Majlis Menandatangani Kerjasama Rakan Strategik M360 ASEAN di Kuala Lumpur, hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, penganjuran persidangan itu turut membuka ruang kepada negara anggota ASEAN memperkukuh kerjasama dalam menangani cabaran berkaitan kesalinghubungan digital, termasuk mengambil kira keperluan negara anggota baharu seperti Timor Leste.<\/p>\n<p>Beliau berkata, AI dijangka menjadi antara agenda utama perbincangan dengan tumpuan diberikan kepada usaha memanfaatkan teknologi itu secara bertanggungjawab tanpa mengabaikan risiko yang mungkin timbul.<\/p>\n<p>&#8220;Kita mahu memastikan ASEAN dapat memanfaatkan AI sepenuhnya, namun pada masa sama sentiasa berwaspada terhadap cabaran dan risiko yang datang bersama teknologi ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, laporan Mobile Economy Asia Pacific 2026 terbitan GSMA turut memberi pengiktirafan kepada pencapaian Malaysia apabila negara disebut sebanyak 14 kali dalam laporan berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, perkara itu mencerminkan kemajuan Malaysia dalam pembangunan ekonomi digital sejak beberapa tahun lalu dan mengukuhkan lagi reputasi negara sebagai destinasi penting bagi pelaburan serta inovasi teknologi di rantau ini.<\/p>\n<p>Menurut laporan itu, teknologi dan perkhidmatan mudah alih dijangka menyumbang AS$1.4 trilion (RM5.9 trilion) kepada ekonomi Asia Pasifik menjelang 2030, meningkat sekitar 40 peratus berbanding AS$1 trilion (RM4.2 trilion) ketika ini.<\/p>\n<p>Laporan berkenaan turut menjelaskan pertumbuhan ekonomi digital rantau Asia Pasifik kini dipacu oleh empat keutamaan utama iaitu perkembangan pesat AI, pembinaan infrastruktur digital yang lebih berdaya tahan, peningkatan kepentingan kedaulatan digital serta pengukuhan kesalinghubungan.<\/p>\n<p>Sementara itu, Ketua Asia Pasifik GSMA, Julian Gorman berkata, kerajaan di seluruh rantau kini berdepan cabaran seperti peningkatan penipuan dalam talian, permintaan tinggi terhadap infrastruktur AI, ketidaktentuan geopolitik dan keperluan memperkukuh kedaulatan digital.<\/p>\n<p>Menurutnya, semua isu itu akan menjadi antara fokus utama perbincangan pada M360 ASEAN di Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>M360 ASEAN ialah persidangan tahunan anjuran GSMA yang menjadi platform utama industri telekomunikasi global membincangkan dasar, inovasi dan hala tuju teknologi digital.<\/p>\n<p>Penganjuran edisi 2026 di Kuala Lumpur dilihat mampu mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai hab digital dan inovasi di rantau ASEAN.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia berpotensi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kecerdasan buatan (AI), telekomunikasi dan kesalinghubungan digital di ASEAN menerusi penganjuran M360 ASEAN 2026 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 9 dan 10 September depan. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah buat julung kalinya bagi acara berprestij itu membuktikan keyakinan industri teknologi global terhadap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5187,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[250,49,4668,19],"authors":[],"class_list":["post-14106","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ai","tag-fahmi-fadzil","tag-m360-asean-2026","tag-teknologi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14106","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14106"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14106\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14107,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14106\/revisions\/14107"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5187"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14106"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}