{"id":1412,"date":"2025-07-09T09:48:31","date_gmt":"2025-07-09T09:48:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1412"},"modified":"2025-07-09T09:48:31","modified_gmt":"2025-07-09T09:48:31","slug":"bank-negara-umum-turunkan-opr-kepada-2-75-peratus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bank-negara-umum-turunkan-opr-kepada-2-75-peratus\/","title":{"rendered":"Bank Negara umum turunkan OPR kepada 2.75 peratus"},"content":{"rendered":"<p>Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 2.75 peratus.<\/p>\n<p>Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bermesyuarat hari ini bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara, selain menjaga kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>BNM menjelaskan langkah ini sebagai tindakan pencegahan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang stabil, terutama dengan adanya ketidaktentuan global seperti, perdagangan antarabangsa yang perlahan, ketegangan geopolitik dan turun naik harga komoditi.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun ekonomi domestik berada dalam landasan kukuh, ketidaktentuan berhubung perkembangan luaran boleh menjejaskan prospek pertumbuhan Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, penurunan OPR ini merupakan langkah awal yang bersifat pencegahan untuk mengekalkan trajektori pertumbuhan yang stabil bagi Malaysia dalam persekitaran inflasi yang sederhana.<\/p>\n<p>\u201cMPC akan terus berwaspada terhadap perkembangan semasa dan menilai imbangan risiko terhadap unjuran pertumbuhan dan inflasi domestik,\u201d kata BNM dalam kenyataan itu.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, BNM berkata, unjuran pertumbuhan global dijangka terus disokong oleh keadaan pasaran buruh yang positif, dasar monetari yang kurang ketat dan rangsangan fiskal.<\/p>\n<p>Namun, unjuran itu terjejas oleh ketidaktentuan berhubung perkembangan tarif serta ketegangan geopolitik.<\/p>\n<p>Ketidaktentuan itu juga katanya, boleh menyebabkan ketidaktentuan yang lebih tinggi dalam pasaran kewangan global dan harga komoditi.<\/p>\n<p>Menurut BNM, bagi Malaysia, perkembangan terkini menunjukkan pertumbuhan berterusan dalam aktiviti ekonomi pada suku kedua, didorong oleh permintaan domestik dan pertumbuhan eksport yang mampan.<\/p>\n<p>Ke hadapan, pertumbuhan dijangka terus disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan. Pertumbuhan guna tenaga dan gaji, terutamanya dalam sektor berorientasikan domestik, serta langkah dasar berkaitan pendapatan, akan menyokong perbelanjaan isi rumah.<\/p>\n<p>Pengembangan dalam aktiviti pelaburan akan terus disokong oleh kemajuan projek berbilang tahun dalam sektor swasta dan awam, pelaksanaan tinggi pelaburan yang telah diluluskan, serta pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah pelan induk negara yang sedang berjalan.<\/p>\n<p>\u201cHasil rundingan perdagangan yang menggalakkan, dasar pro-pertumbuhan di ekonomi utama, permintaan berterusan untuk barangan elektrik dan elektronik, serta aktiviti pelancongan yang kukuh boleh meningkatkan prospek eksport Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cNamun begitu, imbangan risiko terhadap unjuran pertumbuhan masih cenderung kepada sisi menurun, yang berpunca terutamanya daripada perdagangan global yang perlahan, sentimen yang lemah, serta pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Purata inflasi keseluruhan dan teras masing-masing berada pada kadar 1.4% dan 1.9% dalam lima bulan pertama tahun ini.<\/p>\n<p>Secara keseluruhan, inflasi bagi tahun 2025 dijangka kekal sederhana, di tengah-tengah keadaan kos global yang terkawal dan ketiadaan tekanan permintaan domestik yang berlebihan.<\/p>\n<p>Tekanan inflasi daripada harga komoditi global dijangka kekal terhad, sekali gus menyumbang kepada keadaan kos domestik yang sederhana.<\/p>\n<p>Dalam persekitaran ini, kesan keseluruhan daripada reformasi dasar domestik yang telah diumumkan dan akan datang terhadap inflasi dijangka dapat dikawal.<\/p>\n<p>Prestasi ringgit akan terus dipacu terutamanya oleh faktor luaran.<\/p>\n<p>Prospek ekonomi Malaysia yang menggalakkan dan reformasi struktur domestik, disokong oleh inisiatif yang sedang berjalan untuk menggalakkan aliran masuk, akan terus memberikan sokongan kukuh kepada ringgit.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus kepada 2.75 peratus. Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang bermesyuarat hari ini bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara, selain menjaga kepentingan rakyat. BNM menjelaskan langkah ini sebagai tindakan pencegahan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang stabil, terutama dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1413,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[845,844,847,846],"authors":[],"class_list":["post-1412","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bank-negara","tag-bnm","tag-kadar-semalaman","tag-opr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1412","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1412"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1412\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1414,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1412\/revisions\/1414"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1413"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1412"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1412"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1412"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1412"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}