{"id":14155,"date":"2026-08-08T05:19:58","date_gmt":"2026-08-08T05:19:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14155"},"modified":"2026-08-08T05:19:58","modified_gmt":"2026-08-08T05:19:58","slug":"mpp-pkr-tolak-peletakan-jawatan-nurul-izzah-beri-ruang-sambung-belajar-fahmi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mpp-pkr-tolak-peletakan-jawatan-nurul-izzah-beri-ruang-sambung-belajar-fahmi\/","title":{"rendered":"MPP PKR tolak peletakan jawatan Nurul Izzah, beri ruang sambung belajar: Fahmi"},"content":{"rendered":"<p>Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menolak sebulat suara peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Nurul Izzah menguruskan urusan peribadi dan meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD).<\/p>\n<p>Katanya, keputusan itu juga mengambil kira hasrat Nurul Izzah untuk memberi tumpuan kepada bidang akademik tanpa meninggalkan perjuangan parti.<\/p>\n<p>&#8220;Dalam mesyuarat tempoh hari, MPP memutuskan tidak menerima peletakan jawatan kerana beliau meminta masa untuk mengurus diri dan juga menyiapkan serta meneruskan pendidikan PhD.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi kerja tetap berjalan. Nurul Izzah kekal sebagai anggota parti dan akan terus membantu parti dalam perjuangan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, bagi memastikan pentadbiran PKR tidak terjejas, fungsi dan tanggungjawab Timbalan Presiden akan dilaksanakan oleh Naib Presiden PKR, Saifuddin Nasution Ismail.<\/p>\n<p>&#8220;Bagi memastikan pentadbiran serta operasi parti berjalan lancar dan tidak terganggu, fungsi serta tanggungjawab jawatan Timbalan Presiden kini digalas oleh Saifuddin,&#8221; katanya selepas merasmikan Konvensyen Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) peringkat Kuala Lumpur di Imbi Convention Hall hari ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Nurul Izzah mengumumkan keputusan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas membuat pertimbangan panjang bagi membolehkannya meneruskan pengajian lanjutan.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan langkah itu sebagai sebahagian daripada usaha memulakan fasa baharu dalam kehidupan melalui bidang akademik dan khidmat kepada masyarakat tanpa semestinya terikat dengan politik.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, keputusan berkenaan tidak bermaksud Nurul Izzah meninggalkan PKR.<\/p>\n<p>Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menegaskan beliau akan kekal sebagai anggota parti dan terus menyokong perjuangan PKR serta kepimpinan Presiden, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Keputusan MPP itu bermakna kedudukan Nurul Izzah dalam PKR kekal, manakala urusan harian berkaitan tugas Timbalan Presiden akan dipikul Saifuddin sehingga keadaan membolehkan Nurul Izzah kembali memainkan peranan secara aktif.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR menolak sebulat suara peletakan jawatan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti. Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil, berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada Nurul Izzah menguruskan urusan peribadi dan meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD). Katanya, keputusan itu juga mengambil kira hasrat Nurul Izzah untuk memberi tumpuan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":206,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[49,114,269,12,9,1302],"authors":[],"class_list":["post-14155","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fahmi-fadzil","tag-letak-jawatan","tag-mpp","tag-nurul-izzah","tag-pkr","tag-sambung-belajar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14155","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14155"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14155\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14156,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14155\/revisions\/14156"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/206"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14155"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14155"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14155"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14155"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}