{"id":14197,"date":"2026-08-09T11:17:12","date_gmt":"2026-08-09T11:17:12","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14197"},"modified":"2026-08-09T11:17:12","modified_gmt":"2026-08-09T11:17:12","slug":"samsuri-bersatu-masih-dalam-pn-sangkal-kenyataan-hadi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/samsuri-bersatu-masih-dalam-pn-sangkal-kenyataan-hadi\/","title":{"rendered":"Samsuri: Bersatu masih dalam PN, sangkal kenyataan Hadi"},"content":{"rendered":"<p>Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Bersatu masih merupakan parti komponen gabungan itu, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai perbezaan pendirian dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.<\/p>\n<p>Samsuri berkata, berdasarkan kedudukan semasa pada 9 Ogos, Bersatu masih menjadi anggota PN meskipun status parti itu kini menjadi pertikaian susulan laporan beberapa Ahli Parlimen Bersatu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).<\/p>\n<p>\u201cBuat masa ini, saya kata hari ini, 9 Ogos, Bersatu masih lagi ahli dalam Perikatan Nasional.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun mungkin isu keberadaan Bersatu dalam Perikatan Nasional ini agak unik sedikit kerana ada laporan daripada beberapa orang Ahli Parlimen Bersatu sendiri kepada ROS mengenai keabsahan kepimpinan jawatankuasa Bersatu,\u201d katanya selepas menghadiri Konvensyen PAS Perak Ke-23 di Taiping, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Samsuri, PN turut menunggu perkembangan daripada ROS berhubung isu kesahihan kepimpinan Bersatu sebelum sebarang tindakan lanjut dibuat.<\/p>\n<p>\u201cJadi oleh kerana itu, kita juga ingin melihat sejauh mana keabsahan itu dipertikaikan oleh ROS. Buat masa ini mereka masih lagi ahli dalam PN,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dilihat berbeza dengan pendirian Abdul Hadi sebelum ini yang menyatakan PAS secara rasmi menganggap Bersatu tidak lagi sebahagian daripada keluarga PN.<\/p>\n<p>Perkembangan itu tercetus selepas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin menyatakan hasrat untuk membentuk satu gabungan politik baharu, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai hala tuju kerjasama antara Bersatu dan PAS dalam PN.<\/p>\n<p>Abdul Hadi sebelum ini turut menyifatkan Bersatu sebagai \u201cterjerat sendiri\u201d susulan perkembangan politik berkenaan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Samsuri yang juga Naib Presiden PAS tidak mengulas secara langsung perbezaan pendirian itu, sebaliknya menegaskan kedudukan Bersatu perlu ditentukan berdasarkan undang-undang dan peraturan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Samsuri berkata PN ketika ini belum mengadakan perbincangan khusus mengenai kedudukan Bersatu kerana tumpuan utama gabungan itu adalah menghadapi pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa keutamaan nombor satu dalam Perikatan Nasional sekarang ini ialah bagaimana untuk memastikan kita memenangi kerusi sebanyak mungkin dalam pilihan raya di Melaka khususnya yang paling hampir dan tentunya di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>\u201cJadi tidak ada perkara lain lagi dalam agenda untuk dibincangkan selain daripada itu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan dirinya menjadi \u2018boneka\u2019, Samsuri berkata setiap individu mempunyai hak untuk bersuara.<\/p>\n<p>\u201cTerpulang kepada mereka, saya tak boleh nak halang apa yang mereka nak cakap. Mereka nak kata apa sekalipun, itu adalah hak mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan Bersatu dan Ketua Penerangannya, Tun Faisal Ismail Aziz mempunyai hak membuat laporan kepada ROS serta mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cNegara kita negara yang merdeka dan ada peraturan dan ada akta yang telah diwujudkan. Jadi terpulang kepada merekalah ke mana yang mereka akan laksanakan, selagi mematuhi syarat dalam perundangan dan peraturan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan Bersatu masih merupakan parti komponen gabungan itu, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai perbezaan pendirian dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Samsuri berkata, berdasarkan kedudukan semasa pada 9 Ogos, Bersatu masih menjadi anggota PN meskipun status parti itu kini menjadi pertikaian susulan laporan beberapa Ahli Parlimen Bersatu kepada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8830,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,2857,73,1590,126,951,2991],"authors":[],"class_list":["post-14197","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-ahmad-samsuri-mokhtar","tag-bersatu","tag-muhyiddin-yassin","tag-pas","tag-pn","tag-ros"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14197","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14197"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14197\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14198,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14197\/revisions\/14198"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8830"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14197"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14197"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14197"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14197"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}