{"id":1420,"date":"2025-07-10T06:30:30","date_gmt":"2025-07-10T06:30:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1420"},"modified":"2025-07-10T06:30:30","modified_gmt":"2025-07-10T06:30:30","slug":"pegawai-sprm-dedah-zarul-ada-beri-wang-kepada-guan-eng-mahkamah-diberitahu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pegawai-sprm-dedah-zarul-ada-beri-wang-kepada-guan-eng-mahkamah-diberitahu\/","title":{"rendered":"Pegawai SPRM dedah Zarul ada beri wang kepada Guan Eng, mahkamah diberitahu"},"content":{"rendered":"<p>Seorang penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan saksi penting kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang pernah memberi wang kepada Lim Guan Eng berkaitan projek tersebut.<\/p>\n<p>Menurut Penguasa Kanan SPRM, Ng Heng Jun semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memberitahu saksi tersebut, Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli mendedahkan perkara itu ketika beliau menyiasat seorang ahli perniagaan, G. Gnanaraja pada 9 Disember 2019.<\/p>\n<p>Saksi pendakwaan ke-36 itu berkata, Zarul Ahmad yang ketika itu Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (CZCSB) turut mengaku menyerahkan wang RM19 juta kepada Gnanaraja.<\/p>\n<p>\u201cSemasa siasatan, saya tidak pernah halang Datuk Zarul untuk memberi keterangan, cuma saya minta beliau memberi tumpuan kepada kes Gnanaraja.<\/p>\n<p>\u201cDatuk Zarul hanya memberitahu saya secara umum mengenai penyerahan wang kepada Guan Eng. Saya tidak terlibat dalam siasatan penyerahan wang itu kerana ia dikendalikan pegawai penyiasat lain.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu keterangan Datuk Zarul bercampur aduk dengan kes yang saya siasat kerana kedua-dua kes ini adalah berlainan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Heng Jun merupakan pegawai penyiasat bagi kes penipuan Gnanaraja membabitkan wang berjumlah RM19 juta yang juga berkaitan kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh pada perbicaraan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion membabitkan Guan Eng.<\/p>\n<p>Dalam keterangannya, Heng Jun berkata, beliau turut memaklumkan keterangan Zarul Ahmad (berkaitan penyerahan wang kepada Guan Eng) kepada pihak atasan SPRM.<\/p>\n<p>Kata pegawai itu, bagaimanapun beliau dimaklumkan bahawa siasatan khas akan dibuka untuk kes melibatkan Guan Eng.<\/p>\n<p>\u201cDatuk Zarul hanya memberitahu saya secara umum mengenai penyerahan wang kepada Guan Eng dan saya tidak terlibat dalam siasatan itu kerana kes tersebut dikendalikan pegawai penyiasat lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad dilantik melaksanakan projek bernilai RM6.3 bilion antara Januari 2011 dan Ogos 2017, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ahli Parlimen Bagan itu didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.<\/p>\n<p>Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.<\/p>\n<p>Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 22 Julai ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan saksi penting kes rasuah terowong dasar laut Pulau Pinang pernah memberi wang kepada Lim Guan Eng berkaitan projek tersebut. Menurut Penguasa Kanan SPRM, Ng Heng Jun semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memberitahu saksi tersebut, Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli mendedahkan perkara itu ketika beliau [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":92,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[79,58,24,21,81,78],"authors":[],"class_list":["post-1420","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-lim-guan-eng","tag-mahkamah","tag-rasuah","tag-sprm","tag-terowong","tag-zarul"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1420","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1420"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1420\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1421,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1420\/revisions\/1421"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/92"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1420"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1420"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1420"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1420"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}