{"id":14202,"date":"2026-08-10T02:38:23","date_gmt":"2026-08-10T02:38:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14202"},"modified":"2026-08-10T02:38:23","modified_gmt":"2026-08-10T02:38:23","slug":"th-terus-perkukuh-kewangan-tadbir-urus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/th-terus-perkukuh-kewangan-tadbir-urus\/","title":{"rendered":"TH terus perkukuh kewangan, tadbir urus"},"content":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) terus memperkukuh kedudukan sebagai institusi kewangan Islam dengan memberi tumpuan kepada tadbir urus, prestasi kewangan, pengurusan risiko serta penambahbaikan perkhidmatan bagi memastikan kelestariannya untuk generasi akan datang.<\/p>\n<p>Pengerusi TH, Abdul Rashid Hussain berkata usaha transformasi dilaksanakan secara menyeluruh sejak beberapa tahun lalu menerusi pelan pemulihan dan penstrukturan semula.<\/p>\n<p>Menurutnya, perubahan itu merangkumi struktur organisasi, pengurusan kewangan, kawalan dalaman, pematuhan, pengurusan risiko dan budaya kerja yang lebih menekankan integriti, akauntabiliti serta profesionalisme.<\/p>\n<p>&#8220;Matlamat utama transformasi adalah memastikan TH terus menjadi institusi kewangan Islam yang kukuh, berdaya tahan dan diyakini, selari dengan aspirasi pengasasnya, Allahyarham Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Abdul Rashid berkata, penstrukturan semula TH turut memberi tumpuan kepada pengukuhan kedudukan kewangan, peningkatan kualiti pelaburan, kebajikan pendeposit serta kemampuan institusi itu mengurus kos menunaikan haji.<\/p>\n<p>Usaha memperkukuh kedudukan kewangan turut membolehkan TH meningkatkan agihan keuntungan kepada pendeposit daripada 3.1 peratus bagi tahun kewangan 2023 kepada 3.25 peratus pada 2024 dan 3.5 peratus pada tahun lalu.<\/p>\n<p>TH ditubuhkan bagi membantu umat Islam di Malaysia membuat simpanan untuk menunaikan ibadah haji, selain mengurus dana pendeposit dan menyediakan perkhidmatan haji.<\/p>\n<p>Dalam aspek pengurusan haji, Abdul Rashid berkata TH terus memberi penekanan kepada kelestarian jangka panjang dengan meningkatkan kesedaran pendeposit mengenai kos sebenar ibadah berkenaan serta menggalakkan persediaan kewangan lebih awal.<\/p>\n<p>Pendekatan itu menyumbang kepada penurunan kadar penangguhan tawaran haji kira-kira 50 peratus kepada 18 peratus pada musim haji 2026.<\/p>\n<p>Antara usaha diperkenalkan ialah kempen #menujuistitoah yang menekankan empat aspek kemampuan menunaikan haji, iaitu kewangan, kesihatan, keselamatan dan kebenaran atau kuota.<\/p>\n<p>&#8220;Persediaan haji bukan hanya bergantung kepada kemampuan kewangan, tetapi turut memerlukan kesiapsiagaan ilmu, kesihatan dan kerohanian,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Abdul Rashid yang dilantik sebagai Pengerusi TH pada 2023 turut berkata institusi itu mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju pengurusan haji dunia selepas menerima pengiktirafan tertinggi Kerajaan Arab Saudi menerusi \u2018Labaytum Diamond Award\u2019 selama dua tahun berturut-turut sejak 2025.<\/p>\n<p>Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, berkata aspek pendigitalan turut diperkasa bagi memudahkan urusan pendeposit.<\/p>\n<p>Katanya, TH memperbaharui platform digital dan laman sesawang serta memperkenalkan Kalkulator Simpanan Haji bagi membantu orang ramai merancang simpanan secara lebih sistematik.<\/p>\n<p>&#8220;Langkah itu diharap dapat menggalakkan budaya simpanan lebih konsisten dalam kalangan pendeposit sekali gus menjamin kelestarian dana haji untuk jangka panjang,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>TH turut memperkenalkan inisiatif Haji Lestari pada musim haji 2026 yang memberi tumpuan kepada pengumpulan kain ihram terpakai untuk diproses semula menjadi produk bernilai tambah, selaras dengan usaha memperkukuh kelestarian alam sekitar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) terus memperkukuh kedudukan sebagai institusi kewangan Islam dengan memberi tumpuan kepada tadbir urus, prestasi kewangan, pengurusan risiko serta penambahbaikan perkhidmatan bagi memastikan kelestariannya untuk generasi akan datang. Pengerusi TH, Abdul Rashid Hussain berkata usaha transformasi dilaksanakan secara menyeluruh sejak beberapa tahun lalu menerusi pelan pemulihan dan penstrukturan semula. Menurutnya, perubahan itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4689,287,828,1314],"authors":[],"class_list":["post-14202","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-abdul-rashid-hussain","tag-kewangan","tag-rci","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14202","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14202"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14202\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14203,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14202\/revisions\/14203"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14202"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14202"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14202"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14202"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}