{"id":14229,"date":"2026-08-10T07:13:41","date_gmt":"2026-08-10T07:13:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14229"},"modified":"2026-08-10T07:13:41","modified_gmt":"2026-08-10T07:13:41","slug":"azmin-kepada-amirudin-anda-tidak-berseorangan-jangan-gundah-gulana","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/azmin-kepada-amirudin-anda-tidak-berseorangan-jangan-gundah-gulana\/","title":{"rendered":"Azmin kepada Amirudin: Anda tidak berseorangan, jangan gundah-gulana"},"content":{"rendered":"<p>Ketika spekulasi mengenai kemungkinan jajaran politik baharu semakin hangat, Ketua Pembangkang Selangor, Mohamed Azmin Ali tampil menitipkan pesanan kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari supaya tidak gundah gulana dan terus fokus kepada pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>Pesanan itu disampaikan Azmin ketika membahaskan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.<\/p>\n<p>\u201cWahai adinda Menteri Besar, jangan gundah gulana,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Azmin turut memberi isyarat sokongan kepada Amirudin untuk meneruskan agenda pembangunan Selangor, malah menyifatkan Menteri Besar itu tidak berseorangan dalam menghadapi perkembangan politik semasa.<\/p>\n<p>\u201cAnda tidak berseorangan. I am always here for Selangor!\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu menarik perhatian ketika landskap politik negara kembali hangat dengan spekulasi mengenai kemungkinan penjajaran baharu antara parti politik, termasuk perkembangan membabitkan Bersatu dan Pakatan Harapan (PH).<\/p>\n<p>Namun, Azmin dalam ucapannya tidak mengaitkan secara langsung pesanan itu dengan sebarang rundingan politik.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau mengingatkan supaya pembangunan Selangor tidak terjejas akibat percaturan politik dan kepentingan kelompok tertentu.<\/p>\n<p>Menurutnya, kekuatan Selangor perlu dibina atas asas penyatuan yang membawa kemajuan serta kesejahteraan kepada rakyat, bukan perpecahan atas nama politik atau kaum.<\/p>\n<p>Azmin turut mengkritik pihak yang menggunakan slogan penyatuan Melayu untuk mempertahankan salah laku dan kegagalan tadbir urus.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan politik bertambah gila apabila ada pula kumpulan yang menghalalkan kleptokrasi, mengiyakan kebobrokan dengan fatwa baharu. Ini adalah proses memperbodohkan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cAtas nama penyatuan Melayu kononnya, Melayu kini berpecah. Apabila Melayu berpecah, mereka salahkan kaum lain untuk menutup kepalsuan sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Azmin mahu pertumbuhan ekonomi Selangor, terutama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), terus dipertingkat supaya manfaat pembangunan dapat dirasai rakyat di seluruh negeri.<\/p>\n<p>Beliau berkata limpahan ekonomi tidak seharusnya hanya tertumpu di kawasan seperti Petaling Jaya dan Subang, sebaliknya turut dinikmati penduduk di Tanjong Karang, Kuala Selangor dan Kuala Langat.<\/p>\n<p>\u201cKomunikasi yang betul dan tepat penting untuk rakyat memahami dan menerima baik dasar Kerajaan Negeri. Tingkatkan penerangan dan Unit Media Kerajaan Negeri.<\/p>\n<p>\u201cSaya bersedia untuk menyampaikan fakta ekonomi yang tepat kepada rakyat dalam memastikan kejayaan kita membina Negeri Selangor yang maju dan makmur,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Negeri Selangor selepas persidangan, Azmin enggan mengesahkan sama ada kenyataannya itu mempunyai kaitan dengan spekulasi jajaran politik Bersatu-PH.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak sebut pun apa-apa, cuma dia adinda sebab dia muda daripada saya.<\/p>\n<p>\u201cLihat gembira sahaja. Saya sentiasa happy dan kekal tenang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perkembangan politik di Selangor menjadi perhatian susulan kedudukan kerajaan negeri yang diterajui PH bersama Barisan Nasional (BN), manakala Azmin pula mengetuai blok pembangkang di DUN Selangor.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketika spekulasi mengenai kemungkinan jajaran politik baharu semakin hangat, Ketua Pembangkang Selangor, Mohamed Azmin Ali tampil menitipkan pesanan kepada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari supaya tidak gundah gulana dan terus fokus kepada pentadbiran negeri. Pesanan itu disampaikan Azmin ketika membahaskan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini. \u201cWahai adinda [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14230,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[306,378,409,408,1846,9,951,96,222,146],"authors":[],"class_list":["post-14229","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amirudin-shari","tag-bn","tag-dun","tag-menteri-besar","tag-mohamed-azmin-ali","tag-pkr","tag-pn","tag-selangor","tag-sidang","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14229","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14229"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14229\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14231,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14229\/revisions\/14231"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14230"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14229"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14229"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14229"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14229"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}