{"id":14239,"date":"2026-08-10T12:20:46","date_gmt":"2026-08-10T12:20:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14239"},"modified":"2026-08-10T12:20:46","modified_gmt":"2026-08-10T12:20:46","slug":"wong-chen-umum-letak-jawatan-ahli-parlimen-subang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/wong-chen-umum-letak-jawatan-ahli-parlimen-subang\/","title":{"rendered":"Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang"},"content":{"rendered":"<p>Selepas beberapa hari menjadi tanda tanya, Wong Chen hari ini mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa jam 5 petang.<\/p>\n<p>Wong Chen menerusi hantaran di Facebook memaklumkan keputusan itu dibuat secara sukarela, selepas beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 5 Ogos lalu.<\/p>\n<p>Menurutnya, peletakan jawatan itu berkuat kuasa hari ini bagi memberikan tempoh kepada pegawai Parlimen membuat persiapan susulan kekosongan kerusi berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Pada 5 Ogos, saya telah bertemu dengan Yang Dipertua Dewan dan menyerahkan surat peletakan jawatan saya sebagai Ahli Parlimen, yang berkuat kuasa pada 10 Ogos, jam 5 petang.<\/p>\n<p>&#8220;Ini adalah bagi memberikan tempoh tiga hari bekerja kepada pegawai-pegawai Parlimen untuk membuat persiapan berhubung kekosongan kerusi Parlimen Subang,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Chen turut memaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul mencapai persetujuan secara \u2018gentleman&#8217;s agreement\u2019 untuk tidak mendedahkan butiran berhubung perkara itu sehingga tarikh peletakan jawatan berkuat kuasa.<\/p>\n<p>Beliau turut berkata, gelaran kehormat \u201cYang Berhormat\u201d akan digugurkan daripada semua papan iklan, papan tanda dan surat-menyurat berkaitan menjelang bulan depan.<\/p>\n<p>Chen dijadual mengadakan sidang media pada jam 11 pagi Rabu ini bagi memberikan penjelasan lanjut berhubung keputusannya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Johari mengesahkan Wong Chen ada menyuarakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang, selain menyatakan alasan atas keputusan itu.<\/p>\n<p>Chen yang mewakili PKR sudah tiga penggal menjadi wakil rakyat Subang.<\/p>\n<p>Keputusannya berundur berlaku ketika kemelut dalaman PKR semakin mendapat perhatian selepas beberapa pemimpin parti meninggalkan jawatan dan parti.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Chen bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail, Ahli Parlimen Sungai Siput, S Kesavan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan turut menyuarakan rasa kecewa berhubung isu akses kepada sistem portal peruntukan khas MyKHAS.<\/p>\n<p>Chen dan beberapa wakil rakyat berkenaan dilihat mempunyai hubungan politik dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Selepas beberapa hari menjadi tanda tanya, Wong Chen hari ini mengesahkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa jam 5 petang. Wong Chen menerusi hantaran di Facebook memaklumkan keputusan itu dibuat secara sukarela, selepas beliau menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 5 Ogos lalu. Menurutnya, peletakan jawatan itu berkuat kuasa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1993,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[114,309,697,3217,1128],"authors":[],"class_list":["post-14239","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-letak-jawatan","tag-parlimen","tag-speaker","tag-subang","tag-wong-chen"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14239","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14239"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14239\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14240,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14239\/revisions\/14240"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1993"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14239"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14239"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14239"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14239"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}