{"id":14258,"date":"2026-08-11T04:03:17","date_gmt":"2026-08-11T04:03:17","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14258"},"modified":"2026-08-11T04:03:17","modified_gmt":"2026-08-11T04:03:17","slug":"anwar-saman-tuan-ibrahim-berhubung-kenyataan-fitnah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-saman-tuan-ibrahim-berhubung-kenyataan-fitnah\/","title":{"rendered":"Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung kenyataan fitnah"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan dibuat ketika ceramah politik di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang pada Jun lalu.<\/p>\n<p>Anwar selaku plaintif memfailkan tuntutan itu menerusi firma guaman Tetuan S.N. Nair &amp; Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, dengan menamakan Tuan Ibrahim sebagai defendan.<\/p>\n<p>Menurut pernyataan tuntutan, Tuan Ibrahim didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah ketika berucap pada ceramah politik pada 14 Jun lalu di hadapan orang awam dan wakil media.<\/p>\n<p>Klip video ucapan itu kemudian didakwa dimuat naik di akaun YouTube \u201c@Malaysianometry\u201d pada hari berikutnya dengan tajuk \u201cTuan Ibrahim: Pengulas bola direhatkan lepas sertai PAS, ini tanda-tanda PH nak mampus\u201d.<\/p>\n<p>Anwar mendakwa video berdurasi kira-kira 11 minit itu sudah menerima lebih 20,000 tontonan, 482 tanda suka dan 65 komen ketika saman difailkan, selain masih boleh diakses serta dikongsi orang awam.<\/p>\n<p>Menurut tuntutan itu, Tuan Ibrahim turut menerbitkan klip berkenaan menerusi akaun Facebook rasminya pada 15 Jun lalu, manakala kandungan sama dimuat naik di akaun Facebook PAS Pahang pada 24 Jun.<\/p>\n<p>Anwar mendakwa kenyataan berkenaan secara langsung merujuk kepada dirinya, termasuk watak, integriti, jawatan dan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cPlaintif tidak pernah mengarahkan, mempengaruhi atau menyebabkan Polis Diraja Malaysia menyiasat atau mengambil tindakan terhadap mana-mana individu semata-mata hanya kerana individu berkenaan telah mengkritik plaintif, kerajaan atau mana-mana anggota pentadbirannya,\u201d menurut pernyataan tuntutan.<\/p>\n<p>Beliau turut menafikan pernah campur tangan dalam proses perlembagaan atau adat berkaitan pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Anwar mendakwa kenyataan itu tidak benar, palsu, tidak berasas dan berniat jahat serta menjejaskan reputasi, maruah, integriti dan kredibilitinya, termasuk dalam kapasiti sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Presiden PKR, Pengerusi Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen Tambun.<\/p>\n<p>Susulan itu, Anwar memohon injunksi bagi menghalang Tuan Ibrahim daripada terus menerbitkan atau menerbitkan semula kenyataan berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau turut menuntut supaya semua penerbitan didakwa memfitnah itu dipadam daripada media sosial dan platform di bawah kawalan defendan, selain ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan dibuat ketika ceramah politik di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Pahang pada Jun lalu. Anwar selaku plaintif memfailkan tuntutan itu menerusi firma guaman Tetuan S.N. Nair &amp; Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, dengan menamakan Tuan Ibrahim [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1645,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[170,1483,291,126,4700,290,2661],"authors":[],"class_list":["post-14258","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar-ibrahim","tag-ceramah","tag-fitnah","tag-pas","tag-pengulas-bola","tag-saman","tag-tuan-ibrahim-tuan-man"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14258","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14258"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14258\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14259,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14258\/revisions\/14259"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1645"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14258"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14258"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14258"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14258"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}