{"id":14260,"date":"2026-08-11T04:11:36","date_gmt":"2026-08-11T04:11:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14260"},"modified":"2026-08-11T04:11:36","modified_gmt":"2026-08-11T04:11:36","slug":"rci-th-kerajaan-suntik-lebih-rm10-bilion-bantuan-kewangan-untuk-selamatkan-th","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rci-th-kerajaan-suntik-lebih-rm10-bilion-bantuan-kewangan-untuk-selamatkan-th\/","title":{"rendered":"RCI TH: Kerajaan suntik lebih RM10 bilion bantuan kewangan untuk selamatkan TH"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan terpaksa menyalurkan bantuan kewangan lebih RM10 bilion untuk menyelamatkan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika institusi itu berdepan krisis kewangan serius pada 2018.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata langkah itu diambil selepas kedudukan kewangan TH merosot sehingga organisasi berkenaan berada dalam keadaan tidak solven.<\/p>\n<p>Beliau berkata, bantuan itu sebahagian daripada pelan penstrukturan semula untuk memulihkan kedudukan kewangan TH dan memastikan institusi berkenaan terus mampan dalam jangka panjang.<\/p>\n<p>\u201cTH ketika itu adalah tidak solven dan perlu diselamatkan.<\/p>\n<p>\u201cKeadaan tersebut akhirnya memaksa Kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelamatkan TH dengan pelan penstrukturan semula bagi memulihkan kedudukan kewangannya supaya TH kembali solven serta kekal mampan untuk jangka panjang,\u201d katanya semasa Sesi Penerangan Menteri mengenai laporan serta tindakan pemulihan TH pada Sidang Khas Dewan Rakyat berhubung hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Zulkifli, jurang defisit antara aset dan liabiliti TH melebar kepada lebih RM10 bilion pada suku keempat 2018, dengan kerajaan ketika itu hanya mempunyai kira-kira tiga bulan untuk mencari penyelesaian.<\/p>\n<p>Katanya, penyelamatan tersebut bukan bertujuan mengambil alih aset TH, sebaliknya untuk memulihkan kedudukan kewangan institusi berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Zulkifli menafikan dakwaan aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau kaum Cina.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah yang sengaja disebarkan bagi menanam kebencian dan mencetuskan hasutan dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>\u201cTiada aset yang dijual kepada bukan Islam mahupun kepada kaum Cina seperti yang difitnahkan oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menanamkan kebencian dan membuat hasutan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan aset yang dipindahkan dalam proses penstrukturan itu dimiliki Urusharta Jamaah, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan.<\/p>\n<p>Isu kewangan TH menjadi perhatian selepas RCI ditubuhkan untuk menyiasat kelemahan pengurusan dan tadbir urus institusi itu, termasuk keputusan pelaburan serta kedudukan aset dan liabiliti sebelum penstrukturan dilakukan.<\/p>\n<p>Sidang khas Dewan Rakyat hari ini memberi tumpuan kepada laporan RCI serta langkah kerajaan dalam menangani masalah kewangan TH, termasuk usaha memastikan dana pendeposit terus dilindungi dan institusi itu kekal kukuh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan terpaksa menyalurkan bantuan kewangan lebih RM10 bilion untuk menyelamatkan Lembaga Tabung Haji (TH) ketika institusi itu berdepan krisis kewangan serius pada 2018. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan, berkata langkah itu diambil selepas kedudukan kewangan TH merosot sehingga organisasi berkenaan berada dalam keadaan tidak solven. Beliau berkata, bantuan itu sebahagian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14261,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,944,287,309,18,828,1314,3143],"authors":[],"class_list":["post-14260","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-bantuan","tag-kewangan","tag-parlimen","tag-pmx","tag-rci","tag-tabung-haji","tag-zulkifli-hasan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14260","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14260"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14260\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14262,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14260\/revisions\/14262"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14261"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14260"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14260"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14260"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14260"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}