{"id":14264,"date":"2026-08-11T04:28:45","date_gmt":"2026-08-11T04:28:45","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14264"},"modified":"2026-08-11T04:28:45","modified_gmt":"2026-08-11T04:28:45","slug":"keluar-dewan-pembangkang-pn-tak-peduli-amanah-pendeposit-tabung-haji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/keluar-dewan-pembangkang-pn-tak-peduli-amanah-pendeposit-tabung-haji\/","title":{"rendered":"Keluar Dewan: Pembangkang PN tak peduli amanah pendeposit Tabung Haji?"},"content":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji berlangsung hari ini, sambil membangkitkan persoalan sama ada mereka lebih berminat membahaskan dirinya atau nasib institusi yang mengurus wang pendeposit.<\/p>\n<p>Perdana Menteri menyindir tindakan itu selepas pembangkang sebelum ini meminta sidang khas ditangguhkan kerana beliau tidak dapat hadir, susulan menjalani pembedahan bagi merawat hernia perut semalam.<\/p>\n<p>\u201cNak bahas tentang saya, atau nak bahas tentang Tabung Haji?<\/p>\n<p>\u201cNak ambil tahu tentang saya, atau nak ambil tahu tentang pengkhianatan terhadap Tabung Haji?\u201d katanya dalam hantaran di media sosial.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, isu berkaitan Tabung Haji jauh lebih besar kerana ia membabitkan kepentingan jutaan pendeposit, khususnya umat Islam yang menyimpan wang untuk melaksanakan ibadah haji.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan tindakan pembangkang yang didakwa lebih mengutamakan soal kehadiran dirinya berbanding perbahasan mengenai isu yang memberi kesan kepada pendeposit.<\/p>\n<p>\u201cKenapa masih ada drama politik ketika orang Melayu-Islam dikhianati? Apatah lagi datang dari pihak yang melaung-laungkan tentang Melayu Islam,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut menyentuh pendirian Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS, yang sering membawa perjuangan kepentingan orang Melayu dan Islam.<\/p>\n<p>\u201cApakah PN yang ditunjangi PAS tidak pentingkan kepentingan orang susah, nelayan, petani, guru, polis, tentera, pesara yang mengerah keringat untuk menyimpan wang dalam Tabung Haji untuk menunaikan Rukun Islam kelima?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Terdahulu, kecuali wakil rakyat Bersatu, sebahagian Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat selepas permintaan untuk menangguhkan Sidang Khas RCI Tabung Haji ditolak.<\/p>\n<p>Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan, meminta sidang ditangguhkan atas alasan Anwar tidak dapat hadir.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, menolak permintaan itu selepas mendapati Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi, serta beberapa menteri hadir dan boleh mewakili kerajaan.<\/p>\n<p>Sidang khas itu diadakan bagi membahaskan laporan RCI berkaitan Tabung Haji yang antara lain meneliti isu pengurusan, kewangan dan keputusan terdahulu yang memberi kesan kepada kedudukan institusi berkenaan.<\/p>\n<p>Isu Tabung Haji kembali menjadi perhatian selepas laporan RCI dibentangkan di Dewan Rakyat, sekali gus mencetuskan perbahasan hangat mengenai bagaimana dana umat Islam itu diurus dan keputusan yang dibuat pada masa lalu.<\/p>\n<p>Anwar kini dijangka menjalani pemantauan selama dua hari selepas menjalani pembedahan semalam.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang yang keluar Dewan Rakyat ketika Sidang Khas berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji berlangsung hari ini, sambil membangkitkan persoalan sama ada mereka lebih berminat membahaskan dirinya atau nasib institusi yang mengurus wang pendeposit. Perdana Menteri menyindir tindakan itu selepas pembangkang sebelum ini meminta sidang khas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14265,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,947,1139,1055,541,18,828,1314],"authors":[],"class_list":["post-14264","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-dewan-rakyat","tag-keluar","tag-pembangkang","tag-perikatan-nasional","tag-pmx","tag-rci","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14264","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14264"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14264\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14266,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14264\/revisions\/14266"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14265"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14264"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14264"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14264"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14264"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}