{"id":14271,"date":"2026-08-11T05:40:35","date_gmt":"2026-08-11T05:40:35","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14271"},"modified":"2026-08-11T05:40:35","modified_gmt":"2026-08-11T05:40:35","slug":"bersatu-pertahan-rci-th-kecam-tindakan-ahli-parlimen-pn-keluar-dewan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bersatu-pertahan-rci-th-kecam-tindakan-ahli-parlimen-pn-keluar-dewan\/","title":{"rendered":"Bersatu pertahan RCI TH, kecam tindakan Ahli Parlimen PN keluar dewan"},"content":{"rendered":"<p>Bersatu menegaskan pendirian untuk kekal dalam Dewan Rakyat dan mengambil bahagian dalam perbahasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH), sambil menyelar tindakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang memilih untuk keluar dewan ketika isu itu dibahaskan.<\/p>\n<p>Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu merangkap Setiausaha PN Selangor, Afif Bahardin berkata, pendirian Ahli Parlimen Bersatu yang diketuai Muhyiddin Yassin bersama Radzi Jidin mencerminkan komitmen parti terhadap amanah jutaan pendeposit Tabung Haji.<\/p>\n<p>\u201cSaya berbangga dengan pendirian Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang dipimpin oleh Muhyiddin Yassin bersama Radzi Jidin, yang memilih untuk kekal berada di dalam Dewan dan mengambil bahagian dalam perbahasan RCI Tabung Haji,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, Bersatu memilih untuk berdepan dengan isu berkenaan melalui perbahasan dan tuntutan terhadap kebenaran, bukannya meninggalkan Dewan ketika amanah umat Islam sedang dipersoalkan.<\/p>\n<p>\u201cApabila amanah jutaan umat Islam dipersoalkan, kita tidak lari. Kita kekal, kita berbahas dan kita tuntut kebenaran,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Afif pada masa sama melahirkan kekesalan terhadap tindakan sebahagian Ahli Parlimen PN yang memilih untuk melakukan \u2018walk out\u2019 ketika keputusan mengenai pembentangan laporan RCI itu dibuat.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan pendirian Hamzah Zainudin yang ketika itu berada dalam Kabinet serta Takiyuddin Hassan yang pernah memegang tanggungjawab berkaitan hal ehwal undang-undang dan Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cJika dahulu bersetuju RCI diperlukan untuk mencari kebenaran, mengapa hari ini meninggalkan Dewan ketika hasil siasatannya mahu dibahaskan?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Kontroversi berhubung RCI Tabung Haji tercetus selepas laporan suruhanjaya itu dibentangkan dan dibawa untuk perbahasan di Dewan Rakyat, dengan isu pengurusan serta keputusan pelaburan terdahulu menjadi antara perkara yang mendapat perhatian.<\/p>\n<p>Afif berkata, Bersatu mengambil pendirian jelas jika terdapat unsur ketirisan, salah guna kuasa, siasat dan ambil tindakan tanpa mengira parti atau kedudukan individu.<\/p>\n<p>\u201cTabung Haji bukan milik mana-mana parti. Ia adalah amanah umat Islam,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa politik Melayu-Islam bergerak ke hadapan dengan mengutamakan integriti, keberanian dan tanggungjawab, bukan sekadar bergantung kepada slogan atau sentimen.<\/p>\n<p>\u201cMereka yang memilih untuk \u2018walk out\u2019 pula perlu menjawab kepada umat mengapa mereka meninggalkan Dewan ketika amanah umat sedang dipertahankan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bersatu menegaskan pendirian untuk kekal dalam Dewan Rakyat dan mengambil bahagian dalam perbahasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH), sambil menyelar tindakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang memilih untuk keluar dewan ketika isu itu dibahaskan. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu merangkap Setiausaha PN Selangor, Afif Bahardin berkata, pendirian Ahli Parlimen Bersatu yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3812,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2966,73,947,126,1055,951,828,1314],"authors":[],"class_list":["post-14271","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bahas","tag-bersatu","tag-dewan-rakyat","tag-pas","tag-pembangkang","tag-pn","tag-rci","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14271","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14271"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14271\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14272,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14271\/revisions\/14272"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3812"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14271"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14271"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14271"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14271"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}