{"id":14275,"date":"2026-08-11T11:16:08","date_gmt":"2026-08-11T11:16:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14275"},"modified":"2026-08-11T11:16:08","modified_gmt":"2026-08-11T11:16:08","slug":"syed-saddiq-bidas-pembangkang-boikot-keluar-dewan-ini-amanah-pendeposit-th","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/syed-saddiq-bidas-pembangkang-boikot-keluar-dewan-ini-amanah-pendeposit-th\/","title":{"rendered":"Syed Saddiq bidas pembangkang boikot keluar dewan, ini amanah pendeposit TH"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik tindakan sebahagian wakil pembangkang keluar Dewan ketika perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) berlangsung di Dewan Rakyat, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan tindakan itu tidak wajar kerana kehadiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bukan alasan untuk Ahli Parlimen mengabaikan tanggungjawab melaksanakan fungsi semak dan imbang.<\/p>\n<p>Menurut Syed Saddiq, Parlimen bukan pentas untuk seorang pemimpin sahaja, sebaliknya tempat semua wakil rakyat menjalankan amanah kepada rakyat, termasuk meneliti laporan RCI dan membangkitkan sebarang isu berkaitan pengurusan TH.<\/p>\n<p>\u201cParlimen bukanlah one-man show. Yang sakit Perdana Menteri. Tetapi yang tidak buat kerja kita pula.<\/p>\n<p>\u201cYang dibayar puluhan ribu ringgit, gaji, pencen dan pada masa sama pelbagai elaun, hanya untuk memainkan peranan semak dan imbang. Tetapi kita gagal untuk memainkan peranan tersebut,\u201d katanya ketika membahaskan laporan RCI itu pada Persidangan Khas Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Syed Saddiq berkata, laporan RCI berkenaan bukan milik mana-mana Perdana Menteri atau parti politik, sebaliknya menyentuh kepentingan lebih 10 juta pendeposit TH.<\/p>\n<p>Katanya, Ahli Parlimen perlu menggunakan ruang perbahasan untuk meneliti fakta, mengemukakan bukti dan mendedahkan sebarang kelemahan atau salah laku jika ditemui.<\/p>\n<p>\u201cKalau ada fakta, bahas. Kalau ada salah, bongkarkan. Sangat malang sekali kita di pihak pembangkang yang paling lantang membawa nama Melayu Islam memilih untuk memboikot perbahasan mengenai institusi terpenting bagi golongan Melayu Islam.<\/p>\n<p>\u201cKita bukan memboikot menteri, kita sedang memboikot amanah kita kepada jutaan pendeposit Tabung Haji,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, atas alasan itu beliau memilih untuk kekal di Dewan dan mengambil bahagian dalam perbahasan dengan menggunakan fakta serta data.<\/p>\n<p>Tindakan sebahagian wakil pembangkang keluar Dewan berlaku ketika perbahasan khas mengenai laporan RCI TH yang dibentangkan untuk penelitian Ahli Parlimen.<\/p>\n<p>TH menjadi perhatian selepas pelbagai isu berkaitan pengurusan, pelaburan dan tadbir urus institusi itu dibangkitkan, sekali gus mendorong penubuhan RCI bagi meneliti perkara berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Ahli Parlimen daripada Parti Bersatu turut kekal mengikuti persidangan dan tidak menyertai tindakan keluar Dewan oleh sebahagian wakil Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik tindakan sebahagian wakil pembangkang keluar Dewan ketika perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH) berlangsung di Dewan Rakyat, hari ini. Beliau menyifatkan tindakan itu tidak wajar kerana kehadiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bukan alasan untuk Ahli Parlimen mengabaikan tanggungjawab melaksanakan fungsi semak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5902,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4701,2173,1139,309,1055,828,4619,1314],"authors":[],"class_list":["post-14275","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-boikot","tag-dewan","tag-keluar","tag-parlimen","tag-pembangkang","tag-rci","tag-syed-saddiq-syed-abdul-rahman","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14275","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14275"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14275\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14276,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14275\/revisions\/14276"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5902"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14275"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14275"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14275"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14275"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}