{"id":14279,"date":"2026-08-11T11:24:56","date_gmt":"2026-08-11T11:24:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14279"},"modified":"2026-08-11T11:24:56","modified_gmt":"2026-08-11T11:24:56","slug":"ibrahim-ali-sindir-pas-sekutu-bela-umno-dalam-isu-rci-th-keluar-dewan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ibrahim-ali-sindir-pas-sekutu-bela-umno-dalam-isu-rci-th-keluar-dewan\/","title":{"rendered":"Ibrahim Ali sindir PAS, sekutu \u2018bela\u2019 UMNO dalam isu RCI TH keluar dewan"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ketika perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) disifatkan sebagai drama politik tidak matang dan cubaan menunjukkan kesetiaan kepada UMNO.<\/p>\n<p>Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali berkata, tindakan PAS dan sekutunya itu dilihat sebagai usaha membuktikan pengorbanan mereka dalam membela pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan isu serta pendedahan dalam RCI Tabung Haji.<\/p>\n<p>Beliau menyindir tindakan itu sebagai pengorbanan atas dasar &#8220;cinta yang dirujuk semula&#8221;, walaupun mendakwa pelbagai perkara pernah berlaku antara kedua-dua pihak.<\/p>\n<p>\u201cUMNO akan terkenang budinya kepada Pas dan sekutu sejiwanya, maklumlah yang terlibat dalam penyelewengan pendedahan RCI TH adalah pemimpin-pemimpin dari UMNO.<\/p>\n<p>\u201cMereka bersedia bersama demi cinta yang dirujuk semula walaupun janda ini sudah lakukan macam-macam hal,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Ibrahim turut menggesa pembangkang menghentikan tindakan yang disifatkannya sebagai drama politik dan sebaliknya memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat serta usaha menegakkan kebenaran.<\/p>\n<p>\u201cBerhentilah main drama politik yang melebih-lebih. Belalah rakyat dan tegakkanlah kebenaran. Allah Maha Mengetahui,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas alasan pembangkang yang mempersoalkan ketiadaan Perdana Menteri ketika perbahasan RCI Tabung Haji, Ibrahim berkata alasan itu tidak munasabah memandangkan pentadbiran negara dikendalikan secara bersama oleh Kabinet.<\/p>\n<p>Katanya, ketiadaan Perdana Menteri yang sedang menjalani rawatan tidak sepatutnya menjadi alasan untuk menghentikan atau menangguhkan persidangan Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cApakah tanpa kehadiran Perdana Menteri yang menjalani rawatan perlu atau wajib hadir, atau sidang Dewan wajar ditangguhkan?<\/p>\n<p>\u201cBukankah kerajaan ditadbir oleh Kabinet dan ada dua Timbalan Perdana Menteri serta berpuluh ahli Kabinet? Bukankah urusan kerajaan adalah tanggungjawab kolektif anggota Kabinet?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Menurut Ibrahim, perbahasan di Dewan Rakyat juga direkodkan dan boleh dirujuk, manakala Perdana Menteri masih boleh mengikuti perkembangan perbahasan melalui siaran langsung atau dalam talian.<\/p>\n<p>\u201cApa masalah sebenarnya? Menurut hemat saya, ini semua drama politik yang tidak matang, kebudak-budakan atau gelisah kerana ia memberi kelebihan kepada kerajaan kerana isu RCI Tabung Haji ini adalah zaman pemerintahan BN,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Tindakan wakil pembangkang keluar Dewan Rakyat berlaku ketika perbahasan laporan RCI Tabung Haji yang menjadi tumpuan selepas laporan itu dibentangkan di Parlimen.<\/p>\n<p>RCI berkenaan ditubuhkan untuk menyiasat isu pengurusan, pelaburan dan kedudukan kewangan Tabung Haji, termasuk keputusan serta tindakan yang dibuat dalam tempoh pentadbiran terdahulu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan pembangkang keluar dari Dewan Rakyat ketika perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) disifatkan sebagai drama politik tidak matang dan cubaan menunjukkan kesetiaan kepada UMNO. Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ibrahim Ali berkata, tindakan PAS dan sekutunya itu dilihat sebagai usaha membuktikan pengorbanan mereka dalam membela pemimpin UMNO yang dikaitkan dengan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14280,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2966,4702,309,126,4703,828,1314,146],"authors":[],"class_list":["post-14279","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bahas","tag-ibrahim-ali","tag-parlimen","tag-pas","tag-putra","tag-rci","tag-tabung-haji","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14279","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14279"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14279\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14281,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14279\/revisions\/14281"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14280"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14279"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14279"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14279"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14279"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}