{"id":14282,"date":"2026-08-12T02:41:16","date_gmt":"2026-08-12T02:41:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14282"},"modified":"2026-08-12T02:41:16","modified_gmt":"2026-08-12T02:41:16","slug":"th-lulus-beli-pegangan-dalam-putrajaya-perdana-ketika-dikawal-jho-low","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/th-lulus-beli-pegangan-dalam-putrajaya-perdana-ketika-dikawal-jho-low\/","title":{"rendered":"TH lulus beli pegangan dalam Putrajaya Perdana ketika dikawal Jho Low"},"content":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) meluluskan pembelian 30 peratus pegangan dalam Putrajaya Perdana Berhad pada 2014 ketika syarikat itu masih berada di bawah kawalan Jho Low melalui UBG Bhd.<\/p>\n<p>Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata perkara itu berdasarkan keterangan bersumpah seorang pengarah Putrajaya Perdana yang direkodkan dalam prosiding mahkamah berkaitan SRC International.<\/p>\n<p>Menurut beliau, berdasarkan keterangan tersebut, Putrajaya Perdana terus berada di bawah kawalan Jho Low melalui UBG Bhd sehingga proses penjualan syarikat itu diselesaikan pada 13 April 2015.<\/p>\n<p>&#8220;Ketika Putrajaya Perdana berada di bawah kawalan Jho Low, ketika itulah panel pelaburan, lembaga dan menteri meluluskan pembelian serta perjanjian jual beli ditandatangani.<\/p>\n<p>&#8220;Mahkamah tidak membuat sebarang penemuan mengenai perkara ini dan ia kekal sebagai keterangan bersumpah dalam rekod,&#8221; katanya ketika menggulung perbahasan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH di Dewan Rakyat semalam.<\/p>\n<p>Amir Hamzah berkata, panel pelaburan TH meluluskan cadangan pembelian pada 24 Julai 2014, sebelum mendapat kelulusan lembaga pada 25 Ogos dan menteri pada 27 Ogos tahun sama. Perjanjian jual beli kemudian ditandatangani pada 3 Disember 2014.<\/p>\n<p>Lebih menjadi persoalan, katanya, panel pelaburan TH pada 24 Julai 2014 sudah meminta pihak pengurusan mengenal pasti identiti pemegang saham muktamad penjual.<\/p>\n<p>&#8220;Namun, penilaian tersebut tidak merekodkan sebarang jawapan daripada pihak pengurusan dan jual beli tetap diteruskan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>TH membayar RM193.3 juta kepada Cendana Destini pada Disember 2014 bagi memperoleh 30 peratus ekuiti dalam Putrajaya Perdana, syarikat yang telah dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia sejak 2010.<\/p>\n<p>Pelaburan itu dibuat berdasarkan dua sasaran utama, iaitu Putrajaya Perdana disenaraikan semula dalam tempoh setahun dan mencatat keuntungan RM86 juta pada 2015.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, kedua-dua sasaran itu gagal dicapai menyebabkan TH melaksanakan opsyen jual pada Mac 2018 bernilai RM210.7 juta.<\/p>\n<p>Penjual kemudian dituntut mengambil semula saham berkenaan, namun gagal membuat pembayaran.<\/p>\n<p>Sehingga tahun kewangan 2024, pelaburan tersebut mengalami susut nilai sepenuhnya berjumlah RM193.5 juta.<\/p>\n<p>Amir Hamzah berkata, TH kini mengambil tindakan undang-undang berkaitan pelaburan itu dan telah memperoleh injunksi Mareva atau perintah pembekuan aset.<\/p>\n<p>&#8220;Perbicaraan ditetapkan pada 23 Jun 2027,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Isu pelaburan Putrajaya Perdana menjadi antara perkara yang dibangkitkan dalam prosiding RCI TH yang meneliti keputusan dan tadbir urus pelaburan institusi itu, termasuk beberapa pelaburan yang dibuat sebelum ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Lembaga Tabung Haji (TH) meluluskan pembelian 30 peratus pegangan dalam Putrajaya Perdana Berhad pada 2014 ketika syarikat itu masih berada di bawah kawalan Jho Low melalui UBG Bhd. Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan berkata perkara itu berdasarkan keterangan bersumpah seorang pengarah Putrajaya Perdana yang direkodkan dalam prosiding mahkamah berkaitan SRC International. Menurut beliau, berdasarkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[123,298,959,287,4704,828,1314],"authors":[],"class_list":["post-14282","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-1mdb","tag-amir-hamzah-azizan","tag-jho-low","tag-kewangan","tag-putrajaya-perdana-berhad","tag-rci","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14282","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14282"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14282\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14283,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14282\/revisions\/14283"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14282"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14282"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14282"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14282"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}