{"id":14289,"date":"2026-08-12T05:52:36","date_gmt":"2026-08-12T05:52:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14289"},"modified":"2026-08-12T05:52:36","modified_gmt":"2026-08-12T05:52:36","slug":"kerajaan-madani-tumpu-usaha-pulih-th-bukan-raih-keuntungan-politik-aiman-athirah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-madani-tumpu-usaha-pulih-th-bukan-raih-keuntungan-politik-aiman-athirah\/","title":{"rendered":"Kerajaan Madani tumpu usaha pulih TH, bukan raih keuntungan politik: Aiman Athirah"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Madani mengutamakan kepentingan lebih 10 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) dan usaha memulihkan keyakinan terhadap institusi itu berbanding mengejar keuntungan politik jangka pendek menerusi pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu berkata, proses pendedahan laporan berkenaan perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan kestabilan TH tidak terjejas sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pendeposit.<\/p>\n<p>\u201cTabung Haji bukan sekadar sebuah organisasi biasa, ia mengurus amanah lebih 10 juta pendeposit dan berkait secara langsung dengan hasrat umat Islam menunaikan Rukun Islam kelima,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, kerajaan perlu mengambil kira pengalaman pada 2018 apabila kelemahan tadbir urus dan kedudukan kewangan TH mencetuskan kebimbangan sehingga pengeluaran simpanan melebihi RM6 bilion.<\/p>\n<p>Aiman Athirah berkata pendekatan kerajaan bukan bertujuan melindungi kepentingan politik, sebaliknya memastikan kestabilan institusi itu terus terpelihara ketika proses pembaikan tadbir urus sedang dilaksanakan.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan sebarang kritikan terhadap tempoh pendedahan laporan RCI, termasuk daripada PAS dan Parti Wawasan, perlu dijawab berasaskan fakta dan tanggungjawab, bukan retorik politik.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyambut baik penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan pada Sidang Khas Dewan Rakyat semalam, lebih 70 peratus syor RCI berkaitan pengurusan dan operasi TH sudah dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cPelaksanaan audit forensik terhadap 14 pelaburan bermasalah merupakan langkah penting bagi memastikan setiap persoalan dijawab secara tuntas dan kelemahan dikenal pasti dengan jelas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Aiman Athirah turut menyokong cadangan pindaan Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535] bagi memperkukuh tadbir urus, mengehadkan kuasa menteri serta mengurangkan pengaruh politik dalam pengurusan TH.<\/p>\n<p>Katanya, usaha pemulihan itu mula menunjukkan hasil apabila pendapatan pelaburan TH mencatat rekod tertinggi RM4.64 bilion pada 2025, manakala agihan keuntungan meningkat daripada 1.25 peratus pada 2018 kepada 3.5 peratus tahun lalu.<\/p>\n<p>Kos haji juga berjaya dikekalkan pada RM33,000 bagi tiga musim berturut-turut meskipun kos pengurusan meningkat.<\/p>\n<p>Beliau berkata kerajaan memilih untuk memperkukuh kedudukan kewangan, memperbaiki tadbir urus dan menstabilkan operasi TH sebelum laporan RCI didedahkan kepada umum.<\/p>\n<p>Dalam Sidang Khas Dewan Rakyat semalam, Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan mendedahkan TH mencatat kerugian hampir RM13 bilion daripada 14 pelaburan bermasalah, termasuk tujuh pelaburan yang mengalami kerugian 100 peratus.<\/p>\n<p>Jumlah itu merangkumi RM10.2 bilion yang ditanggung kerajaan menerusi langkah penyelamatan melalui Urusharta Jamaah Sdn Bhd pada 2018 serta rosot nilai RM2.6 bilion yang ditanggung TH antara 2018 hingga 2025.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Madani mengutamakan kepentingan lebih 10 juta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) dan usaha memulihkan keyakinan terhadap institusi itu berbanding mengejar keuntungan politik jangka pendek menerusi pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Aiman Athirah Sabu berkata, proses pendedahan laporan berkenaan perlu dilakukan secara berhati-hati bagi memastikan kestabilan TH tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14290,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1562,287,1963,828,1314],"authors":[],"class_list":["post-14289","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aiman-athirah-sabu","tag-kewangan","tag-pemulihan","tag-rci","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14289","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14289"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14289\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14291,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14289\/revisions\/14291"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14290"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14289"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14289"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14289"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14289"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}