{"id":14299,"date":"2026-08-12T06:12:21","date_gmt":"2026-08-12T06:12:21","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14299"},"modified":"2026-08-12T06:12:21","modified_gmt":"2026-08-12T06:12:21","slug":"wawasan-didakwa-kawal-pn-bersatu-persoal-pendirian-gabungan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/wawasan-didakwa-kawal-pn-bersatu-persoal-pendirian-gabungan\/","title":{"rendered":"Wawasan didakwa kawal PN, Bersatu persoal pendirian gabungan"},"content":{"rendered":"<p>Parti Wawasan di bawah pimpinan Hamzah Zainudin didakwa semakin menguasai kepemimpinan Perikatan Nasional (PN), termasuk mempengaruhi keputusan gabungan itu.<\/p>\n<p>Naib Presiden Parti Bersatu, Ahmad Faizal Azumu berkata, keadaan itu dapat dilihat menerusi pendirian PN yang didakwa tidak konsisten dalam menentukan kedudukan Bersatu dalam gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendirian PN berubah-ubah apabila ada pihak menyatakan keahlian Bersatu gugur secara automatik, sebelum kepemimpinan gabungan itu menegaskan parti berkenaan masih menjadi anggota PN.<\/p>\n<p>\u201cPimpinan PN sekarang ini suka cakap berdolak-dalik. Sekejap cakap keahlian kita tergugur secara automatik, sekejap kata kita masih anggota PN tetapi tidak boleh menghadiri mesyuarat.<\/p>\n<p>\u201cMacam persidangan Parlimenlah, ada perkara penting yang patut dibahaskan, mereka keluar pula dari Dewan,\u201d katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.<\/p>\n<p>Kontroversi mengenai kedudukan Bersatu dalam PN tercetus susulan kenyataan bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin mengenai hasrat menyertai gabungan lain.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini mendakwa keahlian Bersatu dalam PN gugur secara automatik susulan pendirian berkenaan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Pengerusi PN, Ahmad Samsuri Mokhtar kemudian menjelaskan Bersatu masih kekal sebagai anggota gabungan itu sehingga kini.<\/p>\n<p>Perkembangan itu turut menimbulkan persoalan mengenai hala tuju Bersatu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk sama ada parti itu akan menggunakan logo Bersatu atau PN.<\/p>\n<p>Ahmad Faizal berkata, Bersatu akan mengadakan libat urus bersama kepemimpinan bahagian di Melaka sebelum menentukan strategi pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cDalam bab nak mempersiapkan jentera dalam menghadapi PRN, nak pakai logo Bersatu atau PN, kami tidak mahu fikir lagi sebab PN sendiri pun berdolak-dalik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau mempertahankan kesahihan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang didakwa memenuhi syarat ditetapkan dalam perlembagaan parti.<\/p>\n<p>\u201cJika cukup dua pertiga daripada keseluruhan yang hadir, mesyuarat itu dikira sah,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Wawasan di bawah pimpinan Hamzah Zainudin didakwa semakin menguasai kepemimpinan Perikatan Nasional (PN), termasuk mempengaruhi keputusan gabungan itu. Naib Presiden Parti Bersatu, Ahmad Faizal Azumu berkata, keadaan itu dapat dilihat menerusi pendirian PN yang didakwa tidak konsisten dalam menentukan kedudukan Bersatu dalam gabungan berkenaan. Menurutnya, pendirian PN berubah-ubah apabila ada pihak menyatakan keahlian Bersatu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":11816,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,240,3623,1712,541,4152],"authors":[],"class_list":["post-14299","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-gabungan","tag-hamzah-zainudin","tag-logo","tag-perikatan-nasional","tag-wawasan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14299","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14299"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14299\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14300,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14299\/revisions\/14300"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/11816"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14299"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14299"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14299"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14299"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}