{"id":14301,"date":"2026-08-12T06:47:06","date_gmt":"2026-08-12T06:47:06","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14301"},"modified":"2026-08-12T06:47:06","modified_gmt":"2026-08-12T06:47:06","slug":"mahfuz-hentam-mp-pas-wawasan-jangan-makan-duit-rakyat-secara-percuma","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahfuz-hentam-mp-pas-wawasan-jangan-makan-duit-rakyat-secara-percuma\/","title":{"rendered":"Mahfuz hentam MP PAS, Wawasan: Jangan makan duit rakyat secara percuma"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen PAS dan Wawasan diselar kerana meninggalkan Dewan ketika sidang khas Parlimen membincangkan laporan RCI Tabung Haji, sedangkan kehadiran mereka ke Parlimen menggunakan kemudahan serta peruntukan yang ditanggung rakyat.<\/p>\n<p>Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, wakil rakyat tidak sepatutnya hadir ke Parlimen sekadar untuk merekodkan kehadiran, sebaliknya perlu mengambil bahagian dalam prosiding dan membawa suara rakyat.<\/p>\n<p>\u201cJari boleh direkodkan hadir. Tetapi amanah tidak boleh dibuktikan dengan butang,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata, setiap Ahli Parlimen menggunakan kemudahan rasmi termasuk perjalanan, pengangkutan, penginapan dan elaun ketika menghadiri persidangan.<\/p>\n<p>Justeru, katanya, rakyat berhak mempersoalkan nilai kerja yang diberikan sekiranya wakil rakyat memilih meninggalkan Dewan ketika isu penting sedang dibincangkan.<\/p>\n<p>\u201cRakyat tidak menghantar Ahli Parlimen ke Kuala Lumpur untuk menjadi penonton. Rakyat menghantar mereka untuk mewakili dan membawa suara rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Mahfuz, tindakan keluar Dewan lebih mengecewakan kerana isu Tabung Haji sering menjadi bahan kritikan pembangkang di luar Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cDi luar Dewan mereka paling lantang bercakap tentang Tabung Haji. Di dalam Dewan, apabila Tabung Haji dibincangkan, mereka pula meninggalkan gelanggang.<\/p>\n<p>\u201cDatang meminta jawapan, tetapi keluar ketika jawapan hendak diberikan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz turut menolak alasan sidang khas itu perlu ditangguhkan sehingga Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pulih dan dapat hadir.<\/p>\n<p>Katanya, prosiding Parlimen masih boleh diteruskan tanpa kehadiran Perdana Menteri, manakala semua Ahli Parlimen sudah dimaklumkan mengenai format sidang yang diadakan khusus untuk memberi penerangan berkaitan laporan RCI Tabung Haji.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pendeposit Tabung Haji berhak mendapat penjelasan rasmi mengenai keadaan institusi itu, termasuk tindakan kerajaan susulan penemuan RCI.<\/p>\n<p>\u201cKalau tidak mahu mengambil bahagian, seharusnya dari awal tidak hadir ke Parlimen dan menghabiskan wang rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz mendakwa tindakan meninggalkan Dewan selepas datang ke Kuala Lumpur dengan kos perjalanan, penginapan dan elaun yang ditanggung Parlimen menimbulkan persoalan mengenai penggunaan peruntukan awam.<\/p>\n<p>\u201cJangan biarkan rakyat menanggung kos untuk wakil rakyat yang memilih untuk tidak menjalankan tugas yang tersedia di hadapan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen PAS dan Wawasan diselar kerana meninggalkan Dewan ketika sidang khas Parlimen membincangkan laporan RCI Tabung Haji, sedangkan kehadiran mereka ke Parlimen menggunakan kemudahan serta peruntukan yang ditanggung rakyat. Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar berkata, wakil rakyat tidak sepatutnya hadir ke Parlimen sekadar untuk merekodkan kehadiran, sebaliknya perlu mengambil bahagian dalam prosiding dan membawa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,753,309,126,828,1314,4152],"authors":[],"class_list":["post-14301","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-mahfuz","tag-parlimen","tag-pas","tag-rci","tag-tabung-haji","tag-wawasan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14301","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14301"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14301\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14302,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14301\/revisions\/14302"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14301"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14301"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14301"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14301"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}