{"id":14303,"date":"2026-08-12T12:19:20","date_gmt":"2026-08-12T12:19:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14303"},"modified":"2026-08-12T12:19:20","modified_gmt":"2026-08-12T12:19:20","slug":"fahmi-langkah-mp-bersatu-dan-bebas-bahas-rci-th-disifatkan-bertanggungjawab","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fahmi-langkah-mp-bersatu-dan-bebas-bahas-rci-th-disifatkan-bertanggungjawab\/","title":{"rendered":"Fahmi: Langkah MP Bersatu dan Bebas bahas RCI TH disifatkan bertanggungjawab"},"content":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil memuji Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana hadir dan menjalankan tanggungjawab membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) pada sidang khas Dewan Rakyat, semalam.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi berkata, tindakan wakil Bersatu itu mencerminkan sikap lebih bertanggungjawab berbanding beberapa wakil pembangkang lain yang tidak hadir untuk membahaskan laporan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSetidak-tidaknya ahli Parlimen daripada Bersatu telah menjalankan fungsi mereka semalam dalam sidang khas Dewan Rakyat untuk membahas laporan RCI Tabung Haji.<\/p>\n<p>\u201cItu adalah keputusan yang bijak, tepat dan berbeza dengan sikap parti-parti pembangkang lain daripada Perikatan Nasional,\u201d katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan oleh Rakan Strategik Program Sambutan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, RCI Tabung Haji ditubuhkan pada 2021 dan proses siasatan itu disiapkan pada 2022, ketika beberapa pemimpin Pas dan Ketua Pembangkang ketika ini masih berada dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, keadaan itu menimbulkan persoalan apabila pihak yang pernah berada dalam kerajaan ketika RCI dimulakan dan disiapkan tidak hadir untuk membahaskan laporan berkenaan di Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>\u201cTapi yang saya kesali, mereka langsung tidak mahu hadir untuk membahas. Ini cukup berbeza dengan sikap wakil rakyat Muar, ahli Parlimen Bersatu dan ahli Parlimen Bebas yang hadir menjalankan tanggungjawab,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, ketidakhadiran mereka menyebabkan peluang untuk membahaskan isu berkaitan kepentingan kira-kira 10 juta pendeposit TH terlepas.<\/p>\n<p>\u201cMereka ada ketika RCI dimulakan, RCI selesai kerja, tetapi mereka enggan hadir untuk membahas. Mereka lari daripada apa? Betul kata Syed Saddiq, mereka tak hadir untuk membahas Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cPerdana Menteri yang sakit, tetapi mereka yang tidak buat kerja. Saya kesal dengan sikap pembangkang yang tidak menjalankan amanah kepada rakyat dan 10 juta pendeposit Tabung Haji,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Laporan RCI TH menjadi tumpuan selepas Dewan Rakyat mengadakan sidang khas bagi membolehkan Ahli Parlimen membahaskan hasil siasatan berkaitan isu pengurusan dan tadbir urus institusi itu.<\/p>\n<p>Fahmi turut menegaskan perbahasan laporan berkenaan penting kerana ia menyentuh kepentingan jutaan pendeposit TH, sekali gus memerlukan perhatian serius semua wakil rakyat tanpa mengira kedudukan politik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fahmi Fadzil memuji Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana hadir dan menjalankan tanggungjawab membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) pada sidang khas Dewan Rakyat, semalam. Menteri Komunikasi berkata, tindakan wakil Bersatu itu mencerminkan sikap lebih bertanggungjawab berbanding beberapa wakil pembangkang lain yang tidak hadir untuk membahaskan laporan berkenaan. \u201cSetidak-tidaknya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7979,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2966,196,73,49,309,828,1314],"authors":[],"class_list":["post-14303","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bahas","tag-bebas","tag-bersatu","tag-fahmi-fadzil","tag-parlimen","tag-rci","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14303","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14303"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14303\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14304,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14303\/revisions\/14304"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7979"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14303"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14303"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14303"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14303"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}