{"id":14305,"date":"2026-08-12T12:22:38","date_gmt":"2026-08-12T12:22:38","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14305"},"modified":"2026-08-12T12:22:38","modified_gmt":"2026-08-12T12:22:38","slug":"rakyat-dapat-10gb-data-percuma-sempena-hkhm-2026","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rakyat-dapat-10gb-data-percuma-sempena-hkhm-2026\/","title":{"rendered":"Rakyat dapat 10GB data percuma sempena HKHM 2026"},"content":{"rendered":"<p>Rakyat Malaysia bakal menikmati 10GB data internet percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 menerusi Insentif Rebat RAHMAH hasil kerjasama Kementerian Komunikasi dengan lima syarikat telekomunikasi.<\/p>\n<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata inisiatif itu membabitkan CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES, dengan manfaat diberikan kepada pengguna prabayar dan pascabayar yang layak.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebanyak 5GB data percuma akan diberikan pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos ini, manakala 5GB lagi pada Hari Malaysia, 16 September depan.<\/p>\n<p>\u201cSebanyak 5GB data percuma akan diberikan pada Hari Kebangsaan, 31 Ogos 2026, manakala 5GB lagi pada Hari Malaysia, 16 September 2026.<\/p>\n<p>\u201cKaedah dan tempoh penebusan data internet percuma ini akan diperincikan oleh syarikat telekomunikasi, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, kementerian juga akan memuat naik soalan lazim berkaitan inisiatif itu di laman sesawang Kementerian Komunikasi dalam tempoh terdekat bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai kelayakan dan kaedah penebusan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau mengumumkan nilai keseluruhan tajaan HKHM 2026 yang disahkan Jawatankuasa Penajaan Kementerian Komunikasi setakat ini mencecah RM48.63 juta.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, RM2.7 juta adalah sumbangan dalam bentuk wang tunai, manakala RM45.93 juta lagi membabitkan barangan dan perkhidmatan.<\/p>\n<p>\u201cJumlah ini merekodkan peningkatan amat memberangsangkan, iaitu lebih 118 peratus berbanding tahun lalu sebanyak RM22.3 juta,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fahmi berkata, daripada keseluruhan nilai tajaan, 50 peratus diperuntukkan dalam bentuk promosi, 30 peratus berupa barangan untuk diberikan kepada pengunjung, manakala baki 20 peratus disalurkan kepada jawatankuasa yang terbabit dalam penganjuran HKHM 2026.<\/p>\n<p>Sambutan HKHM 2026 dijangka menjadi antara acara utama peringkat nasional dalam menyemarakkan semangat patriotisme rakyat menerusi pelbagai program menjelang sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat Malaysia bakal menikmati 10GB data internet percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 menerusi Insentif Rebat RAHMAH hasil kerjasama Kementerian Komunikasi dengan lima syarikat telekomunikasi. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata inisiatif itu membabitkan CelcomDigi, Maxis, TM, U Mobile dan YES, dengan manfaat diberikan kepada pengguna prabayar dan pascabayar yang layak. Menurutnya, sebanyak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12098,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[49,1398,1399,4711,690],"authors":[],"class_list":["post-14305","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fahmi-fadzil","tag-hari-kebangsaan","tag-hari-malaysia","tag-insentif-rebat-rahmah","tag-kementerian-komunikasi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14305","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14305"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14305\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14306,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14305\/revisions\/14306"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12098"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14305"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14305"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14305"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14305"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}