{"id":14329,"date":"2026-08-13T07:11:16","date_gmt":"2026-08-13T07:11:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14329"},"modified":"2026-08-13T07:11:16","modified_gmt":"2026-08-13T07:11:16","slug":"rci-tabung-haji-tujuh-ditahan-115-saksi-dipanggil-dalam-siasatan-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rci-tabung-haji-tujuh-ditahan-115-saksi-dipanggil-dalam-siasatan-sprm\/","title":{"rendered":"RCI Tabung Haji: Tujuh ditahan, 115 saksi dipanggil dalam siasatan SPRM"},"content":{"rendered":"<p>Seramai tujuh individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, lima individu telah direman, manakala SPRM setakat ini membuka 14 kertas siasatan berkaitan isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abdul Halim Aman, berkata siasatan turut membabitkan pemeriksaan dan penggeledahan terhadap 28 premis selain memanggil 115 saksi untuk ditemu bual serta dirakam percakapan.<\/p>\n<p>Menurutnya, siasatan masih dijalankan terhadap enam isu yang dibangkitkan dalam laporan RCI, selain beberapa perkara lain yang dikenal pasti sepanjang proses siasatan.<\/p>\n<p>\u201cAntara tindakan yang sedang dijalankan termasuk jejak kewangan membabitkan dokumen dan penyata kewangan daripada institusi kewangan selain penelitian terhadap dokumen kontrak serta dokumen pembayaran.<\/p>\n<p>\u201cSPRM turut meneliti aspek kelemahan tatakelola yang dipercayai menjadi antara faktor berlakunya isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan,\u201d katanya dalam sidang akhbar hari ini.<\/p>\n<p>Abdul Halim berkata SPRM turut bersedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Lembaga Tabung Haji sekiranya diperlukan sepanjang siasatan.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan siasatan dijalankan secara menyeluruh berdasarkan fakta dan bukti susulan laporan RCI itu didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu.<\/p>\n<p>\u201cSPRM tidak akan berkompromi dalam meneliti sebarang unsur rasuah, penyelewengan, pemalsuan dokumen, salah guna kuasa atau pengubahan wang haram yang dikenal pasti berdasarkan hasil siasatan RCI.<\/p>\n<p>\u201cSPRM akan menjalankan siasatan secara menyeluruh berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya terdapat kesalahan di bawah undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada 31 Julai lalu, SPRM menubuhkan pasukan khas diketuai Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Mohd Hafaz Nazar, bagi meneliti aspek perundangan dan kemungkinan berlakunya kesalahan jenayah.<\/p>\n<p>Penubuhan pasukan itu susulan arahan kerajaan supaya penelitian terperinci dibuat terhadap dakwaan salah laku dan kelemahan yang dinyatakan dalam laporan RCI.<\/p>\n<p>Laporan RCI Tabung Haji yang didedahkan kepada umum meneliti pengurusan dan operasi institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020, termasuk isu berkaitan tadbir urus dan pengurusan kewangan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seramai tujuh individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. Daripada jumlah itu, lima individu telah direman, manakala SPRM setakat ini membuka 14 kertas siasatan berkaitan isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abdul Halim Aman, berkata siasatan turut membabitkan pemeriksaan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":828,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[24,828,23,21,1314],"authors":[],"class_list":["post-14329","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-rasuah","tag-rci","tag-siasatan","tag-sprm","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14329","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14329"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14329\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14330,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14329\/revisions\/14330"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/828"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14329"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14329"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14329"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14329"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}