{"id":14332,"date":"2026-08-13T07:14:50","date_gmt":"2026-08-13T07:14:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14332"},"modified":"2026-08-13T07:14:50","modified_gmt":"2026-08-13T07:14:50","slug":"ph-yakin-dap-utamakan-kestabilan-politik-saifuddin-nasution","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ph-yakin-dap-utamakan-kestabilan-politik-saifuddin-nasution\/","title":{"rendered":"PH yakin DAP utamakan kestabilan politik: Saifuddin Nasution"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) yakin DAP akan mengambil kira kepentingan negara dan kestabilan politik dalam menentukan hala tuju parti itu, termasuk pendirian berhubung kedudukannya dalam kerajaan.<\/p>\n<p>Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata, DAP sebagai sebuah parti yang sudah lama bertapak dalam politik negara mempunyai kebijaksanaan untuk menilai keputusan terbaik bagi memastikan kestabilan politik terus terpelihara.<\/p>\n<p>\u201cSaya percaya kepimpinan DAP ada kebijaksanaan mereka, sebagai sebuah parti yang sangat kukuh sudah sekian lama.<\/p>\n<p>\u201cDAP tentunya akan meletakkan kepentingan negara daripada segi kestabilan politik dan juga meneruskan keadaan yang sudah pun sedia berjalan baik,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Helikopter A189 di Stesen Udara Maritim Subang hari ini.<\/p>\n<p>Saifuddin berkata, DAP juga tidak mempunyai kewajipan untuk memberi taklimat kepada PH berhubung keputusan yang ingin dibuat parti itu.<\/p>\n<p>\u201cTidak menjadi tanggungjawab DAP untuk memberi taklimat kepada PH bagi membuat keputusan sesuai dengan dasar dan pendekatan politik mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu hadir menjelang Persidangan Kebangsaan DAP 2026 yang dijadual berlangsung Ahad ini, dengan lebih 4,200 perwakilan dari seluruh negara akan membincangkan serta menentukan hala tuju parti.<\/p>\n<p>Persidangan berkenaan menjadi tumpuan susulan desakan dan perbahasan dalam kalangan anggota parti mengenai kedudukan DAP dalam kerajaan, termasuk kemungkinan untuk terus kekal atau mempertimbangkan pilihan lain.<\/p>\n<p>Keputusan yang bakal dibuat DAP dilihat mempunyai implikasi terhadap hubungan dalam kerajaan, khususnya kestabilan pentadbiran semasa.<\/p>\n<p>DAP merupakan antara parti utama dalam PH dan menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).<\/p>\n<p>Dengan persidangan parti semakin hampir, pendirian DAP dijangka menjadi antara perkara yang diperhatikan rapat kerana ia berpotensi mempengaruhi dinamika politik negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) yakin DAP akan mengambil kira kepentingan negara dan kestabilan politik dalam menentukan hala tuju parti itu, termasuk pendirian berhubung kedudukannya dalam kerajaan. Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata, DAP sebagai sebuah parti yang sudah lama bertapak dalam politik negara mempunyai kebijaksanaan untuk menilai keputusan terbaik bagi memastikan kestabilan politik terus terpelihara. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13655,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,274,285,727,1618,20],"authors":[],"class_list":["post-14332","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-kongres","tag-madani","tag-pakatan-harapan","tag-perpaduan","tag-saifuddin-nasution-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14332","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14332"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14332\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14333,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14332\/revisions\/14333"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13655"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14332"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14332"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14332"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14332"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}