{"id":14334,"date":"2026-08-13T07:21:19","date_gmt":"2026-08-13T07:21:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14334"},"modified":"2026-08-13T07:21:19","modified_gmt":"2026-08-13T07:21:19","slug":"kes-dadah-jakarta-bukit-aman-diberi-akses-siasat-juruterbang-malaysia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-dadah-jakarta-bukit-aman-diberi-akses-siasat-juruterbang-malaysia\/","title":{"rendered":"Kes dadah Jakarta: Bukit Aman diberi akses siasat juruterbang Malaysia"},"content":{"rendered":"<p>Pasukan penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang dihantar ke Jakarta diberi akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk menyoal siasat juruterbang Malaysia yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah.<\/p>\n<p>Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata kebenaran itu membolehkan pasukan JSJN menemui dan menemu bual lelaki berusia 39 tahun berkenaan bagi membantu siasatan kes tersebut.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perkembangan itu sudah dimaklumkan kepadanya oleh Pengarah JSJN Bukit Aman, Hussein Omar Khan.<\/p>\n<p>&#8220;Sejak awal lagi, penyiasat kita diberikan akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk menemu bual subjek terbabit.<\/p>\n<p>&#8220;Proses itu masih berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada mereka untuk menyelesaikan tugas terlebih dahulu,&#8221; katanya pada sidang media selepas Majlis Penerimaan Helikopter AW189 Maritim Malaysia di Stesen Udara Maritim Malaysia Subang hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, hasil sesi temu bual dan perkembangan lanjut siasatan akan dikongsikan kepada media selepas proses berkenaan selesai.<\/p>\n<p>Juruterbang terbabit ditahan pihak berkuasa Indonesia pada 28 Julai lalu di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas pemeriksaan menemui 15 bungkusan besar dalam bagasinya.<\/p>\n<p>Bungkusan itu dilaporkan mengandungi 70,114 pil ekstasi dan methamphetamine, sekali gus mencetuskan siasatan pihak berkuasa Indonesia serta kerjasama dengan agensi penguat kuasa Malaysia.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Saifuddin berkata, langkah mempertingkat kawalan keselamatan di lapangan terbang akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.<\/p>\n<p>Katanya, beliau sudah menerima taklimat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta pasukan penyelaras yang membabitkan beberapa agensi berkaitan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya memberi mereka tempoh dua minggu bermula minggu lalu untuk mengkaji perkara ini.<\/p>\n<p>&#8220;Saya akan meneliti perkara itu terlebih dahulu dan jika tiada perubahan, saya akan membentangkannya dalam mesyuarat Kabinet akan datang bersama Menteri Pengangkutan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Langkah itu dilihat penting susulan kes penyeludupan dadah melalui lapangan terbang, terutama bagi memastikan kelemahan dalam aspek pemeriksaan keselamatan dan kawalan penumpang dapat dikenal pasti serta diperbaiki.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pasukan penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang dihantar ke Jakarta diberi akses oleh pihak berkuasa Indonesia untuk menyoal siasat juruterbang Malaysia yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata kebenaran itu membolehkan pasukan JSJN menemui dan menemu bual lelaki berusia 39 tahun berkenaan bagi membantu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14335,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1213,511,299,4713,4649,20],"authors":[],"class_list":["post-14334","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bukit-aman","tag-dadah","tag-jakarta","tag-jsjn","tag-juruterbang","tag-saifuddin-nasution-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14334","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14334"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14334\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14336,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14334\/revisions\/14336"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14335"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14334"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14334"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14334"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14334"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}