{"id":14337,"date":"2026-08-13T17:36:48","date_gmt":"2026-08-13T17:36:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14337"},"modified":"2026-08-13T17:36:48","modified_gmt":"2026-08-13T17:36:48","slug":"amk-tegur-politik-berselingkuh-dalam-kerajaan-perpaduan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-tegur-politik-berselingkuh-dalam-kerajaan-perpaduan\/","title":{"rendered":"AMK tegur politik \u2018berselingkuh\u2019 dalam Kerajaan Perpaduan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini berdepan ujian politik susulan tindakan pihak tertentu yang didakwa lebih mengutamakan kepentingan politik sendiri berbanding kepentingan rakyat dan negara.<\/p>\n<p>Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan \u2018berselingkuh\u2019 ketika kerajaan sedang berusaha mengembalikan keyakinan rakyat serta masyarakat antarabangsa terhadap pentadbiran negara tidak seharusnya dipandang ringan.<\/p>\n<p>Menurutnya, Anwar tetap menunjukkan sikap berjiwa besar meskipun berdepan tekanan politik bagi memastikan kestabilan negara terus terpelihara.<\/p>\n<p>\u201cTatkala dada kita dipasang sembilu dan ditikam bukan dari belakang, tetapi dari hadapan, Perdana Menteri kita masih berjiwa besar dan terus mengukir senyuman di hadapan rakyat demi menjaga maruah perjuangan dan kestabilan negara.<\/p>\n<p>\u201cSikap kegelojohan pihak tertentu yang meletakkan kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan rakyat dan negara tidak wajar dipandang ringan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kongres Nasional AMK 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam tadi.<\/p>\n<p>Kamil dalam masa sama menegaskan AMK bukan sekadar \u2018pak turut\u2019 yang hanya mengangguk kepada setiap keputusan kerajaan.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau berkata, AMK akan terus mempertahankan perkara yang dianggap benar, selain berani menyuarakan pandangan sekiranya terdapat perkara dalam pentadbiran yang boleh diperbaiki.<\/p>\n<p>\u201cAMK tidak mahu menjadi kelompok yang tugasnya hanya mengangguk kepada setiap keputusan kerajaan. Kita adalah sebahagian daripada kerajaan dan kita mempertahankan perkara yang benar.<\/p>\n<p>\u201cTetapi apabila sesuatu boleh diperbaiki, kita mesti berani menyatakan pandangan dengan fakta, dengan angka, dengan hujah dan dengan adab.<\/p>\n<p>\u201cKesetiaan kepada perjuangan tidak bermaksud kita kehilangan keberanian untuk bertanya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU-15 dalam keadaan tiada parti memperoleh majoriti mudah, dengan gabungan beberapa parti politik bagi membentuk pentadbiran di peringkat Persekutuan.<\/p>\n<p>Sejak itu, kestabilan kerajaan menjadi antara isu utama dalam memastikan agenda pembangunan, pemulihan ekonomi dan kebajikan rakyat dapat diteruskan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan politik semasa, perbezaan pendirian antara parti dalam Kerajaan Perpaduan turut menjadi perhatian, terutama apabila melibatkan kepentingan politik masing-masing.<\/p>\n<p>Kamil memberi isyarat AMK akan terus menyokong kerajaan selagi keputusan dibuat demi kepentingan rakyat, namun pada masa sama tidak akan berdiam diri jika terdapat perkara yang perlu ditegur.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini berdepan ujian politik susulan tindakan pihak tertentu yang didakwa lebih mengutamakan kepentingan politik sendiri berbanding kepentingan rakyat dan negara. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan \u2018berselingkuh\u2019 ketika kerajaan sedang berusaha mengembalikan keyakinan rakyat serta masyarakat antarabangsa terhadap pentadbiran negara tidak seharusnya dipandang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1418,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,378,285,2821,1618,9,146],"authors":[],"class_list":["post-14337","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-bn","tag-madani","tag-muhammad-kamil-munim-abdul-munim","tag-perpaduan","tag-pkr","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14337","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14337"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14337\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14338,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14337\/revisions\/14338"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1418"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14337"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14337"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14337"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14337"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}