{"id":14343,"date":"2026-08-14T03:26:31","date_gmt":"2026-08-14T03:26:31","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14343"},"modified":"2026-08-14T03:26:31","modified_gmt":"2026-08-14T03:26:31","slug":"jangan-biar-perpecahan-lemahkan-pkr-nurul-izzah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-biar-perpecahan-lemahkan-pkr-nurul-izzah\/","title":{"rendered":"Jangan biar perpecahan lemahkan PKR: Nurul Izzah"},"content":{"rendered":"<p>PKR tidak akan menjadi sebuah organisasi yang kuat jika parti mempunyai dua nakhoda atau wujud tangan ghaib yang membentuk struktur kuasa tersembunyi di sebalik kepimpinan sedia ada, kata Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar.<\/p>\n<p>Beliau berkata, perpecahan dalaman hanya akan menghabiskan tenaga pemimpin dan anggota parti, sedangkan tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha memenangi hati rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSetiap jam yang kita gunakan untuk berlawan, bertelagah sesama sendiri, adalah jam yang tidak kita gunakan untuk memenangi hati rakyat,\u201d katanya ketika merasmikan Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Munim.<\/p>\n<p>Nurul Izzah berkata, beliau menyampaikan pandangan itu sebagai &#8216;outgoing&#8217; Timbalan Presiden dengan harapan masa depan PKR dipandu kepimpinan yang sehaluan serta mampu memberi fokus kepada agenda rakyat.<\/p>\n<p>Menurutnya, kemenangan dalam pilihan raya termasuk Pilihan Raya Umum (PRU) dan pilihan raya negeri bukan sesuatu yang mudah, namun kemenangan perlu dimanfaatkan untuk membentuk budaya politik serta peluang baharu.<\/p>\n<p>\u201cKemenangan itu juga peluang bagi melakar, memahat dan mencipta peluang, ruang serta budaya baharu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan AMK dan Wanita PKR supaya segera memperkukuh gerak kerja bagi memenangi hati rakyat, terutama ketika negara berdepan siri pilihan raya serta desakan pihak tertentu supaya pilihan raya diadakan lebih awal.<\/p>\n<p>Katanya, perpecahan dalam kalangan sayap parti tidak boleh dibiarkan kerana ia boleh menjejaskan kekuatan organisasi secara keseluruhan.<\/p>\n<p>\u201cKita perlu saling mengenali, membina dan percaya kerana perpecahan dalam kalangan sayap parti sendiri adalah sesuatu yang kita tidak boleh biarkan ia berlaku,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Nurul Izzah turut menegaskan kepimpinan bukan sekadar soal memiliki kuasa, sebaliknya berkait rapat dengan amanah dan tanggungjawab.<\/p>\n<p>\u201cPengaruh boleh diwarisi, malah sesebuah takhta pun mungkin boleh diwarisi, tetapi amanah tidak boleh. Ia hanya boleh dipikul,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau mengingatkan pemimpin supaya tidak terperangkap dalam budaya hanya pandai mengkritik ketika menjadi pembangkang tetapi gagal mentadbir dengan baik selepas memperoleh kuasa.<\/p>\n<p>\u201cMengkritik dan menjadi pembangkang memang mudah, tetapi menjadi kerajaan yang baik serta benar adalah kerja sukar kerana ia membabitkan godaan melakukan perkara salah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Nurul Izzah berkata, setiap pemimpin perlu kembali kepada persoalan asas apabila berdepan tekanan dan kepentingan politik, iaitu untuk siapa perjuangan itu dilakukan.<\/p>\n<p>\u201cBukan mengenai kelicikan taktik, tetapi soalan lebih asas iaitu untuk siapa sebenarnya kita berjuang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR tidak akan menjadi sebuah organisasi yang kuat jika parti mempunyai dua nakhoda atau wujud tangan ghaib yang membentuk struktur kuasa tersembunyi di sebalik kepimpinan sedia ada, kata Timbalan Presidennya, Nurul Izzah Anwar. Beliau berkata, perpecahan dalaman hanya akan menghabiskan tenaga pemimpin dan anggota parti, sedangkan tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha memenangi hati rakyat. \u201cSetiap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":182,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,294,12,9,18,548,85],"authors":[],"class_list":["post-14343","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-konflik","tag-nurul-izzah","tag-pkr","tag-pmx","tag-pru","tag-timbalan-presiden"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14343","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14343"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14343\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14344,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14343\/revisions\/14344"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/182"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14343"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14343"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14343"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14343"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}