{"id":14347,"date":"2026-08-14T03:29:22","date_gmt":"2026-08-14T03:29:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14347"},"modified":"2026-08-14T03:29:22","modified_gmt":"2026-08-14T03:29:22","slug":"siasatan-kwap-dalam-efishery-hampir-selesai","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/siasatan-kwap-dalam-efishery-hampir-selesai\/","title":{"rendered":"Siasatan KWAP dalam eFishery hampir selesai"},"content":{"rendered":"<p>Siasatan dalam negara berhubung pelaburan RM163.4 juta Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, kini hampir selesai.<\/p>\n<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, beberapa keterangan serta dokumen dari luar negara masih diperlukan sebelum siasatan dapat dilengkapkan sepenuhnya.<\/p>\n<p>Menurut kenyataan SPRM menerusi Facebook hari ini, proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA) sedang dijalankan dengan Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Abu Dhabi bagi mendapatkan maklumat berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cProses ini mungkin mengambil masa kerana membabitkan prosedur perundangan dan bidang kuasa negara lain.<\/p>\n<p>\u201cSiasatan diteruskan. Setiap fakta diteliti dan setiap dokumen disemak,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Setakat ini, SPRM sudah merakam keterangan 19 individu termasuk pegawai KWAP, pegawai kanan Kementerian Kewangan (MOF) dan Khazanah Nasional.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini kerana siasatan belum menemukan keperluan untuk tindakan berkenaan.<\/p>\n<p>SPRM menjelaskan siasatan tidak hanya tertumpu kepada usaha mengenal pasti pihak yang mungkin melakukan kesalahan, malah turut meneliti kemungkinan wujud unsur rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.<\/p>\n<p>Pada masa sama, aspek tatakelola turut diteliti, termasuk prosedur, peraturan dan garis panduan yang digunakan dalam proses pelaburan berkenaan bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan.<\/p>\n<p>Isu pelaburan KWAP dalam eFishery mula menjadi perhatian selepas Kementerian Kewangan menerusi jawapan bertulis di Parlimen pada 15 Julai lalu memaklumkan pelaburan sebanyak AS$47.7 juta, kira-kira RM200 juta ketika itu, dikaitkan dengan dakwaan penipuan terancang susulan manipulasi laporan kewangan syarikat berkenaan.<\/p>\n<p>Susulan perkembangan itu, SPRM menubuhkan pasukan siasatan khas pada 17 Julai. Sehari kemudian, KWAP menjelaskan jumlah keseluruhan pelaburannya dalam eFishery ialah RM163.4 juta, bersamaan kira-kira 2.51 peratus pegangan saham.<\/p>\n<p>Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman, memaklumkan siasatan setakat ini belum menemukan kesalahan rasuah, penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.<\/p>\n<p>Beliau berkata gambaran penuh hanya dapat diperoleh selepas keterangan dan dokumen dari luar negara diterima menerusi proses MLA.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Siasatan dalam negara berhubung pelaburan RM163.4 juta Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery, kini hampir selesai. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, beberapa keterangan serta dokumen dari luar negara masih diperlukan sebelum siasatan dapat dilengkapkan sepenuhnya. Menurut kenyataan SPRM menerusi Facebook hari ini, proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA) sedang dijalankan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6342,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4447,716,4446,504,24,23,21],"authors":[],"class_list":["post-14347","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-efishery","tag-indonesia","tag-kwap","tag-pelaburan","tag-rasuah","tag-siasatan","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14347","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14347"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14347\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14348,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14347\/revisions\/14348"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14347"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14347"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14347"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14347"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}