{"id":14353,"date":"2026-08-14T06:37:39","date_gmt":"2026-08-14T06:37:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14353"},"modified":"2026-08-14T06:37:39","modified_gmt":"2026-08-14T06:37:39","slug":"ekonomi-malaysia-terus-kukuh-kdnk-naik-6-peratus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ekonomi-malaysia-terus-kukuh-kdnk-naik-6-peratus\/","title":{"rendered":"Ekonomi Malaysia terus kukuh, KDNK naik 6 peratus"},"content":{"rendered":"<p>Ekonomi Malaysia terus menunjukkan momentum positif apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 6.0 peratus pada suku kedua 2026, lebih tinggi berbanding 5.4 peratus pada suku pertama.<\/p>\n<p>Pertumbuhan itu juga mengatasi kadar 4.4 peratus yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu, mencerminkan pengukuhan aktiviti ekonomi domestik dan prestasi eksport negara.<\/p>\n<p>Ketua Perangkawan, Siti Asiah Ahmad berkata, pertumbuhan ekonomi disokong eksport yang mampan, terutama dalam sektor elektrik dan elektronik (E&amp;E) serta minyak dan gas, selain perbelanjaan isi rumah yang kekal stabil dan aktiviti pelaburan yang berterusan.<\/p>\n<p>\u201cDari segi penawaran, pertumbuhan disokong oleh pengembangan sektor perkhidmatan dan perkilangan,\u201d katanya pada sidang akhbar prestasi ekonomi suku kedua 2026 di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), hari ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan lebih tinggi, didorong subsektor berkaitan perniagaan, khususnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) susulan peningkatan pengoperasian pusat data.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Gabenor BNM, Abdul Rasheed Ghaffour berkata, inflasi keseluruhan meningkat kepada 1.9 peratus pada suku kedua berbanding 1.6 peratus pada suku pertama.<\/p>\n<p>Sebaliknya, inflasi teras menurun kepada 1.9 peratus daripada 2.1 peratus dalam tempoh sama.<\/p>\n<p>\u201cPeningkatan inflasi keseluruhan sebahagian besarnya mencerminkan tekanan kos luaran yang lebih tinggi susulan konflik di Asia Barat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kenaikan harga bahan api, terutama RON97 dan diesel, sepanjang suku kedua turut menyumbang kepada peningkatan inflasi bahan api.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun tekanan kos pengeluar meningkat, tekanan tersebut kekal tertumpu pada peringkat huluan. Kesan limpahan masih terhad bagi peringkat pengeluaran seterusnya dan harga pengguna secara lebih meluas sepanjang suku tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Prestasi ekonomi itu hadir ketika Malaysia terus berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar, termasuk ketidaktentuan geopolitik dan tekanan kos yang boleh memberi kesan kepada perdagangan serta harga komoditi.<\/p>\n<p>Namun, pertumbuhan 6.0 peratus pada suku kedua menunjukkan ekonomi domestik masih mempunyai daya tahan, disokong prestasi eksport, aktiviti perniagaan, pelaburan dan perbelanjaan isi rumah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ekonomi Malaysia terus menunjukkan momentum positif apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 6.0 peratus pada suku kedua 2026, lebih tinggi berbanding 5.4 peratus pada suku pertama. Pertumbuhan itu juga mengatasi kadar 4.4 peratus yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu, mencerminkan pengukuhan aktiviti ekonomi domestik dan prestasi eksport negara. Ketua Perangkawan, Siti Asiah Ahmad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7915,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,68,897,285,4715,979,18,4716],"authors":[],"class_list":["post-14353","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-ekonomi","tag-kdnk","tag-madani","tag-perangkawan","tag-pertumbuhan","tag-pmx","tag-siti-asiah-ahmad"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14353","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14353"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14353\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14354,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14353\/revisions\/14354"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7915"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14353"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14353"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14353"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14353"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}