{"id":14358,"date":"2026-08-14T06:48:11","date_gmt":"2026-08-14T06:48:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14358"},"modified":"2026-08-14T06:48:11","modified_gmt":"2026-08-14T06:48:11","slug":"pkr-beri-ruang-nurul-izzah-sambung-pengajian-tiada-had-masa-fuziah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pkr-beri-ruang-nurul-izzah-sambung-pengajian-tiada-had-masa-fuziah\/","title":{"rendered":"PKR beri ruang Nurul Izzah sambung pengajian, tiada had masa: Fuziah"},"content":{"rendered":"<p>PKR tidak menetapkan tempoh tertentu bagi Nurul Izzah Anwar untuk bercuti daripada tugas sebagai Timbalan Presiden parti, sebaliknya beliau akan kembali menjalankan tanggungjawab itu apabila sudah bersedia.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata keputusan itu dibuat susulan hasrat Nurul Izzah untuk menyambung pengajian lanjutan selepas mengambil keputusan mengundurkan diri daripada tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, kita tidak memberi had masa kepada Timbalan Presiden untuk bercuti kerana beliau ingin menyambung pelajaran.<\/p>\n<p>\u201cInsya-Allah, beliau akan meneruskan tugas apabila sudah bersedia,\u201d katanya pada sidang media selepas perasmian bersama Kongres Nasional Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.<\/p>\n<p>Fuziah berkata, Nurul Izzah terlebih dahulu akan menyelesaikan semua tugasan sepanjang kongres sebelum memulakan tempoh cutinya.<\/p>\n<p>\u201cBeliau akan menyelesaikan tugas sewaktu kongres, maksudnya perasmian AMK dan Wanita, kemudian dalam kongres ada penggulungan dan sebagainya.<\/p>\n<p>\u201cSelepas itu baru Timbalan Presiden akan bercuti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Nurul Izzah tiba di MITC kira-kira jam 8.30 pagi dan menyampaikan amanat kepada perwakilan selama hampir 30 minit. Beliau kemudian meninggalkan lokasi sekitar jam 11 pagi tanpa menemui media.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Nurul Izzah yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh memohon untuk mengundurkan diri daripada jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira hasratnya untuk meneruskan pengajian lanjutan.<\/p>\n<p>Keputusan itu dilihat sebagai langkah untuk memberi ruang kepadanya meneroka pendekatan baharu dalam bidang khidmat dan bakti tanpa terikat sepenuhnya dengan tugasan politik.<\/p>\n<p>Namun, Nurul Izzah menegaskan beliau kekal sebagai anggota PKR dan akan terus menyokong perjuangan parti serta kepimpinan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku ketika PKR mengadakan Kongres Nasional Wanita dan AMK 2026 di Melaka, dengan tumpuan turut diberikan kepada hala tuju kepimpinan parti serta persiapan menghadapi cabaran politik mendatang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PKR tidak menetapkan tempoh tertentu bagi Nurul Izzah Anwar untuk bercuti daripada tugas sebagai Timbalan Presiden parti, sebaliknya beliau akan kembali menjalankan tanggungjawab itu apabila sudah bersedia. Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata keputusan itu dibuat susulan hasrat Nurul Izzah untuk menyambung pengajian lanjutan selepas mengambil keputusan mengundurkan diri daripada tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":206,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1460,274,12,9,1302],"authors":[],"class_list":["post-14358","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fuziah-salleh","tag-kongres","tag-nurul-izzah","tag-pkr","tag-sambung-belajar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14358","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14358"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14358\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14359,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14358\/revisions\/14359"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/206"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14358"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14358"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14358"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14358"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}