{"id":14362,"date":"2026-08-14T09:27:34","date_gmt":"2026-08-14T09:27:34","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14362"},"modified":"2026-08-14T09:27:40","modified_gmt":"2026-08-14T09:27:40","slug":"ahli-datang-dan-pergi-pkr-terus-diperkukuh-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ahli-datang-dan-pergi-pkr-terus-diperkukuh-amk\/","title":{"rendered":"Ahli datang dan pergi, PKR terus diperkukuh: AMK"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti tidak menjejaskan kestabilan atau kelancaran organisasi itu.<\/p>\n<p>Ketua AMK, Muhammad Kamil Ahmad Munim, berkata keputusan mana-mana individu untuk beralih kepada entiti politik lain merupakan hak peribadi dan pihaknya menghormati pilihan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, jumlah ahli yang keluar setakat ini juga tidak signifikan sehingga memberi kesan kepada kekuatan PKR secara keseluruhan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya tak tahulah peratusan yang keluar parti, tetapi mengikut laporan dan angka kita, jumlah itu tidak signifikan dan sama sekali tidak menjejaskan perjalanan organisasi,&#8221; katanya pada sidang media sempena Kongres Nasional AMK dan Wanita 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) hari ini.<\/p>\n<p>Kamil berkata kehadiran perwakilan dalam jumlah tinggi pada kongres berkenaan turut mencerminkan komitmen akar umbi untuk terus bersama PKR.<\/p>\n<p>&#8220;Hari ini kita boleh lihat parti ini terus mengukuh. Kehadiran para perwakilan dengan jumlah yang sangat tinggi menunjukkan komitmen serta tekad mereka untuk terus bersama PKR,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau mengulas dakwaan pengasas bersama Parti Bersama, Rafizi Ramli, mengenai kira-kira 25 peratus keahlian parti baharu itu terdiri daripada bekas anggota PKR.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Kamil turut menegaskan cuti Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, tidak memberi kesan kepada momentum gerak kerja parti.<\/p>\n<p>Katanya, pembahagian tugas dalam parti telah disusun dengan jelas, termasuk peranan Naib Presiden, Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Amirudin Shari.<\/p>\n<p>&#8220;Saya rasa tidak menjejaskan sebarang usaha kita untuk terus memperkukuh organisasi, bersiap siaga untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU),&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata penjelasan di peringkat akar umbi turut dilakukan pimpinan negeri dan cabang bagi memastikan ahli memahami perkembangan semasa.<\/p>\n<p>Kamil berkata fokus PKR kini adalah memperkukuh organisasi serta memastikan jentera parti terus bersedia menghadapi PRN dan PRU akan datang.<\/p>\n<p>PKR sebelum ini berdepan beberapa perkembangan dalaman termasuk tindakan sebahagian tokoh dan ahli meninggalkan parti untuk menyertai atau membentuk wadah politik baharu.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai kekuatan serta hala tuju parti, terutama menjelang pilihan raya akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) menegaskan tindakan segelintir ahli PKR meninggalkan parti tidak menjejaskan kestabilan atau kelancaran organisasi itu. Ketua AMK, Muhammad Kamil Ahmad Munim, berkata keputusan mana-mana individu untuk beralih kepada entiti politik lain merupakan hak peribadi dan pihaknya menghormati pilihan berkenaan. Menurutnya, jumlah ahli yang keluar setakat ini juga tidak signifikan sehingga memberi kesan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14363,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[277,164,13,2821,267,9,18,101],"authors":[],"class_list":["post-14362","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahli","tag-amk","tag-anwar","tag-muhammad-kamil-munim-abdul-munim","tag-parti","tag-pkr","tag-pmx","tag-pru-16"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14362","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14362"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14362\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14364,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14362\/revisions\/14364"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14363"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14362"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14362"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14362"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14362"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}