{"id":14368,"date":"2026-08-14T09:35:41","date_gmt":"2026-08-14T09:35:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14368"},"modified":"2026-08-14T09:35:41","modified_gmt":"2026-08-14T09:35:41","slug":"wan-rosdy-perbetul-kenyataan-kerjasama-dengan-pas-di-pahang-dakwa-wujud-kekeliruan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/wan-rosdy-perbetul-kenyataan-kerjasama-dengan-pas-di-pahang-dakwa-wujud-kekeliruan\/","title":{"rendered":"Wan Rosdy perbetul kenyataan kerjasama dengan PAS di Pahang, dakwa wujud kekeliruan"},"content":{"rendered":"<p>Pengerusi UMNO Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail menafikan pernah mengeluarkan kenyataan khusus menyatakan kesediaan parti itu bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Sebaliknya, Menteri Besar Pahang itu menjelaskan pendirian sebenar UMNO Pahang ialah terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti demi kepentingan rakyat negeri itu.<\/p>\n<p>&#8220;Saya cakap (sedia) bekerjasama dengan mana-mana parti pun, demi rakyat Pahang, tapi bila keluar (berita) seperti saya cakap kerjasama dengan PAS.<\/p>\n<p>&#8220;Maksud saya kita (kerajaan negeri) terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, tapi kena bincanglah,&#8221; katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang Kluster Pelajar Luar Negara di Kuantan, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebelum ini yang memetik kenyataan beliau sebagai tidak menolak kemungkinan UMNO Pahang bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRU16.<\/p>\n<p>Isu kerjasama UMNO-PAS kembali menjadi perhatian selepas Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar dilaporkan berkata parti itu mengutamakan usaha penyatuan parti-parti Melayu termasuk UMNO.<\/p>\n<p>Rosli turut dilaporkan berkata PAS bersedia menghadapi mana-mana parti pada PRU-16 sekiranya usaha penyatuan itu tidak mendapat persetujuan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata hubungan antara wakil rakyat UMNO dan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan perpaduan Pahang ketika ini berada dalam keadaan baik.<\/p>\n<p>Menurutnya, semua wakil rakyat daripada kedua-dua blok politik itu menjalankan tugas seperti biasa tanpa sebarang masalah.<\/p>\n<p>&#8220;Saya fikir kerajaan ini berjalan dengan baik dan boleh dikekalkan hingga PRU akan datang,&#8221; katanya yang juga Naib Presiden UMNO.<\/p>\n<p>Kerajaan perpaduan Pahang ketika ini terdiri daripada 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) dan lapan ADUN PH.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pengerusi UMNO Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail menafikan pernah mengeluarkan kenyataan khusus menyatakan kesediaan parti itu bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Sebaliknya, Menteri Besar Pahang itu menjelaskan pendirian sebenar UMNO Pahang ialah terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti demi kepentingan rakyat negeri itu. &#8220;Saya cakap (sedia) bekerjasama dengan mana-mana parti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9993,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[824,408,339,126,101,855,3842],"authors":[],"class_list":["post-14368","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kerjasama","tag-menteri-besar","tag-naib-presiden","tag-pas","tag-pru-16","tag-umno-pahang","tag-wan-rosdy-wan-ismail"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14368","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14368"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14368\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14369,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14368\/revisions\/14369"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9993"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14368"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14368"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14368"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14368"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}