{"id":14380,"date":"2026-08-15T05:11:19","date_gmt":"2026-08-15T05:11:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14380"},"modified":"2026-08-15T05:11:19","modified_gmt":"2026-08-15T05:11:19","slug":"anwar-memang-ada-sakau-dalam-tabung-haji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-memang-ada-sakau-dalam-tabung-haji\/","title":{"rendered":"Anwar: Memang ada \u2018sakau\u2019 dalam Tabung Haji"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempertahankan penggunaan istilah \u201csakau\u201d bagi menggambarkan dakwaan penyelewengan dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH), sambil menegaskan isu itu perlu disiasat secara profesional tanpa mengira latar belakang atau kedudukan mana-mana pihak.<\/p>\n<p>Anwar berkata, kewujudan unsur penyelewengan dalam TH bukan tuduhan dibuat secara sembarangan, sebaliknya mempunyai kaitan dengan penemuan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang didedahkan kepada umum baru-baru ini.<\/p>\n<p>\u201cMemang ada sakau dalam TH. RM12 bilion hilang itu bukan sakau? Memang ada,\u201d katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Kongres Nasional PKR di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, istilah \u201csakau\u201d digunakan dengan sengaja walaupun ada pihak yang tidak selesa dengan perkataan itu.<\/p>\n<p>Anwar turut menjelaskan keputusan mendedahkan laporan RCI berkaitan TH bukan dibuat secara bersendirian, sebaliknya diputuskan bersama Kabinet. Menurutnya, tiada anggota Kabinet membantah cadangan tersebut ketika ia dibawa untuk pertimbangan.<\/p>\n<p>Malah, katanya, ada anggota Kabinet yang berpandangan siasatan terhadap isu TH tidak sepatutnya terhenti pada 2020, sebaliknya perlu diperluaskan kepada tahun-tahun berikutnya jika terdapat asas untuk berbuat demikian.<\/p>\n<p>\u201cKalau tanya saya, saya akan pilih untuk dedahkan awal. Tetapi Tabung Haji menyatakan kalau dedah, ada risiko kepada Tabung Haji kerana mereka perlu buktikan dahulu kepada rakyat kecelaruan amalan penyakau,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu pengurusan TH sudah lama menjadi perhatian selepas pelbagai persoalan berkaitan kedudukan kewangan dan pengurusan institusi itu dibangkitkan. Penubuhan RCI pula dicadangkan oleh pentadbiran terdahulu dan disiapkan ketika pentadbiran berikutnya sebelum laporan berkenaan dibawa untuk dibentangkan.<\/p>\n<p>Anwar berkata, beliau bersedia meneruskan siasatan sekiranya terdapat keperluan untuk memperluaskan tempoh atau skop siasatan.<\/p>\n<p>\u201cSaya jawab, ya, sambung dan kita dedahkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Anwar mengkritik pihak yang enggan berdepan isu berkenaan secara terbuka, termasuk Ahli Parlimen pembangkang yang didakwa meninggalkan Dewan Rakyat ketika laporan RCI TH dibahaskan.<\/p>\n<p>Beliau turut mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan dan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan yang membentangkan serta mengambil bahagian dalam perbahasan laporan berkenaan.<\/p>\n<p>Anwar menegaskan proses siasatan, pendakwaan dan hukuman bukan bidang kuasa Perdana Menteri, sebaliknya perlu dilaksanakan badan penguat kuasa dan mahkamah berdasarkan bukti.<\/p>\n<p>\u201cJangan berlengah, jangan bertolak ansur, jangan kira parti mana, jawatan mana, kaum mana. Salah menyakau, tangkap dan hukum mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau pada masa sama mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat keputusan atau menjatuhkan hukuman sebelum kesalahan dibuktikan melalui proses undang-undang.<\/p>\n<p>\u201cBiar badan penguatkuasaan siasat secara profesional, bertindak secara profesional,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mempertahankan penggunaan istilah \u201csakau\u201d bagi menggambarkan dakwaan penyelewengan dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH), sambil menegaskan isu itu perlu disiasat secara profesional tanpa mengira latar belakang atau kedudukan mana-mana pihak. Anwar berkata, kewujudan unsur penyelewengan dalam TH bukan tuduhan dibuat secara sembarangan, sebaliknya mempunyai kaitan dengan penemuan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13805,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,3425,18,828,1625,1314],"authors":[],"class_list":["post-14380","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-caruman","tag-pmx","tag-rci","tag-sakau","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14380","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14380"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14380\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14381,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14380\/revisions\/14381"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13805"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14380"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14380"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14380"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14380"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}