{"id":14385,"date":"2026-08-15T09:51:49","date_gmt":"2026-08-15T09:51:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14385"},"modified":"2026-08-15T09:51:49","modified_gmt":"2026-08-15T09:51:49","slug":"mat-sabu-reformasi-mesti-dibuktikan-dengan-tindakan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mat-sabu-reformasi-mesti-dibuktikan-dengan-tindakan\/","title":{"rendered":"Mat Sabu: Reformasi mesti dibuktikan dengan tindakan"},"content":{"rendered":"<p>Agenda reformasi tidak seharusnya terhenti selepas sesebuah kerajaan memperoleh kuasa, sebaliknya usaha memperbaiki tadbir urus dan membanteras rasuah perlu diteruskan, kata Mohamad Sabu.<\/p>\n<p>Presiden Amanah itu berkata mandat diberikan rakyat perlu diterjemahkan menerusi kerja dan tindakan, tanpa mengira kedudukan atau pihak yang terlibat.<\/p>\n<p>\u201cYang \u2018sakau\u2019 duit rakyat, kita lawan. Tak kira siapa, tak kira kedudukan. Bagi Bang Mat, reformasi bukan sekadar slogan. Kita sudah diberi amanah.<\/p>\n<p>\u201cSekarang masa untuk kita buktikan dengan kerja dan tindakan. Perjuangan masih panjang. Kita terus bekerja untuk rakyat dan negara,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata demikian selepas menghadiri Kongres Nasional PKR 2026 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, yang turut menyaksikan amanat Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengenai kelangsungan agenda reformasi.<\/p>\n<p>Menurutnya, usaha reformasi perlu dilihat secara lebih menyeluruh, termasuk memperjuangkan hak rakyat Sabah dan Sarawak menerusi pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau berkata pencapaian ekonomi tidak seharusnya hanya dinilai melalui angka pertumbuhan, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf hidup rakyat.<\/p>\n<p>\u201cAngka pertumbuhan penting, tetapi yang lebih penting rakyat merasai peningkatan taraf hidup dan kerajaan mampu menangani tekanan kos sara hidup,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohamad turut menyambut baik pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang disifatkannya mampu membuka ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk bersuara dan terlibat dalam kehidupan demokrasi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Agenda reformasi tidak seharusnya terhenti selepas sesebuah kerajaan memperoleh kuasa, sebaliknya usaha memperbaiki tadbir urus dan membanteras rasuah perlu diteruskan, kata Mohamad Sabu. Presiden Amanah itu berkata mandat diberikan rakyat perlu diterjemahkan menerusi kerja dan tindakan, tanpa mengira kedudukan atau pihak yang terlibat. \u201cYang \u2018sakau\u2019 duit rakyat, kita lawan. Tak kira siapa, tak kira kedudukan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8464,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,13,285,2345,18,495],"authors":[],"class_list":["post-14385","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-anwar","tag-madani","tag-mohamad-sabu","tag-pmx","tag-reformasi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14385","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14385"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14385\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14386,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14385\/revisions\/14386"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8464"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14385"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14385"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14385"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14385"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}