{"id":14387,"date":"2026-08-15T09:54:47","date_gmt":"2026-08-15T09:54:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14387"},"modified":"2026-08-15T09:54:47","modified_gmt":"2026-08-15T09:54:47","slug":"lapan-penerbangan-dilencongkan-selepas-insiden-helikopter-di-subang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/lapan-penerbangan-dilencongkan-selepas-insiden-helikopter-di-subang\/","title":{"rendered":"Lapan penerbangan dilencongkan selepas insiden helikopter di Subang"},"content":{"rendered":"<p>Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang dibuka semula pada jam 2.57 petang hari ini selepas ditutup susulan kebakaran sebuah helikopter.<\/p>\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Norazman Mahmud, mengesahkan pembukaan semula landasan itu.<\/p>\n<p>\u201cLandasan sudah dibuka semula jam 2.57 petang,\u201d katanya dipetik laporan BH.<\/p>\n<p>Menurut Norazman, penutupan sementara landasan menyebabkan lapan penerbangan masuk dilencongkan ke lapangan terbang lain, manakala tiga penerbangan ditahan daripada berlepas.<\/p>\n<p>Insiden berlaku kira-kira jam 12.28 tengah hari di Laluan Pesawat Viktor, iaitu laluan pergerakan pesawat dalam kawasan operasi lapangan terbang dan bukan di landasan utama.<\/p>\n<p>CAAM sebelum ini memaklumkan semua penerbangan keluar dan masuk di LTSAAS ditangguhkan sehingga diberitahu kelak susulan kejadian itu.<\/p>\n<p>Penumpang turut dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai penerbangan mereka.<\/p>\n<p>Kebakaran membabitkan sebuah helikopter Kamov Ka-32S dengan nombor pendaftaran Ukraine, UR-CIT. Helikopter itu dilaporkan sedang menjalani pengujian enjin di darat sebagai sebahagian daripada kerja penyelenggaraan apabila kejadian berlaku.<\/p>\n<p>Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 12.30 tengah hari dan jentera tiba di lokasi empat minit kemudian.<\/p>\n<p>Setakat ini, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan. Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan akan menjalankan siasatan mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.<\/p>\n<p>Pembukaan semula landasan membolehkan operasi penerbangan di LTSAAS disambung selepas hampir tiga jam terganggu akibat insiden berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) di Subang dibuka semula pada jam 2.57 petang hari ini selepas ditutup susulan kebakaran sebuah helikopter. Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Norazman Mahmud, mengesahkan pembukaan semula landasan itu. \u201cLandasan sudah dibuka semula jam 2.57 petang,\u201d katanya dipetik laporan BH. Menurut Norazman, penutupan sementara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14388,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[851,850,4720,3217,2792],"authors":[],"class_list":["post-14387","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-caam","tag-helikopter","tag-ltsaas","tag-subang","tag-terbakar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14387","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14387"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14387\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14389,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14387\/revisions\/14389"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14388"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14387"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14387"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14387"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14387"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}